Badak Air: Mangsa Atau Pemangsa?

Kita semua sedia maklum bahawa haiwan seperti harimau, singa dan buaya merupakan haiwan pemangsa yang sering digeruni berdasarkan sifat mereka yang semula jadinya pemakan daging. Namun kali ini penulis ingin kongsikan tentang sejenis haiwan yang selama ini kita sangkakan sejenis herbivor. Haiwan yang penulis maksudkan ialah badak air. Tak sangka haiwan ni pun pemakan daging!

 

Foto: Tulahan Blogspot

 

Fakta Mengenai Badak Air

  • Nama saintifik bagi badak air adalah hippopotamus amphibius
  • Dikatakan sama bahaya pemangsa buaya
  • Beratnya boleh mencecah sehingga 3 tan!
  • Merupakan haiwan yang agresif (kelakuannya tidak boleh dijangka)
  • Gemar menghabiskan masanya dengan berendam di dalam air
  • Boleh bergerak pada kelajuan 18 batu sejam (boleh tahan laju ya!)

 

Foto: Tulahan Blogspot

 

Menurut laman rasmi Wikipedia, badak air sebenarnya masih tergolong dalam kategori herbivor. Rumput pendek merupakan sumber makanan utama bagi badak air. Mereka kurang gemarkan tumbuhan dalam air. Jadi mengapa ada kes yang menunjukkan badak air pemakan daging?

 

Foto: Sinar Harian

 

Sebenarnya badak air masih dikategorikan dalam golongan herbivor. Namun ramai pakar menyifatkan bahawa badak air merupakan haiwan paling merbahaya di Afrika. Badak air juga dikatakan telah membunuh kira-kira 2,900 orang setiap tahun di Afrika. Selain itu, badak air juga sering mengancam bot-bot pelancong tanpa sebab tertentu dan bagi sesetengah kes, badak air tersebut turut menggigit para penumpang dalam bot.

 

 

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa badak air merupakan pemakan daging namun usus haiwan berkenaan disifatkan sebagai tidak sesuai untuk menghadamkan makanan seperti daging. Tabiat memakan daging juga dikatakan sebagai abnormal behavior yang disebabkan oleh tekanan pemakanan.

 

Sumber: Sinar Harian dan Hamidi7884 Blogspot

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca