Seperti yang kita dapat dilihat, muzik K-Pop sudah bertapak di negara ini. Pengaruhnya yang amat kuat telah berjaya menarik perhatian orang dewasa dan remaja. Malah, golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada terkena bahang K-Pop ini. Berikut merupakan tiga sebab mengapa muzik ini menjadi kegilaan ramai.
1. Pemakaian
Cara pemakaian selebriti Korea Selatan menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian peminat. Fesyen yang berani dengan padanan warna yang pelbagai menyebabkan mereka menjadi ikutan orang ramai.
2. Tarian
Tidak dapat dinafikan bahawa tarian yang ditonjolkan oleh kumpulan penyanyi Korea Selatan tampak gah dan penuh bertenaga sehingga ada di antara tarian mereka menjadi satu fenomena dunia.
Pada tahun 2012, lagu Oppa Gangnam style yang dinyanyikan oleh penyanyi Korea Selatan bernama PSY telah menjadi salah satu fenomena tarian yang menggemparkan dunia.
Semenjak lagu dan tariannya dipertontonkan kepada dunia, terdapat banyak rakaman video yang memaparkan tarian berkenaan dilakukan oleh para peminat.
3. Rupa paras dan perwatakan
Kebanyakan selebriti Korea Selatan mempunyai rupa paras yang menawan sehingga mampu membuatkan para gadis dan lelaki jatuh cinta pada mereka. Tidak cukup dengan itu, tutur manis yang keluar dari mulut juga berjaya menambat hati orang ramai.
Kesimpulannya, tidak salah bagi seseorang itu untuk meminati sesuatu perkara. Namun begitu, haruslah sentiasa bersikap sederhana dan tidak keterlaluan sehingga memudaratkan diri sendiri.
Penulis
• Noor Shamimi Binti Mohd Sufian adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan
Animasi.