Siapa sangka seorang wanita mampu tersedar daripada koma selepas suami dan anaknya menari TikTok? Walaupun ia memang tidak masuk akal, satu babak daripada drama sinetron dari negara seberang iaitu Istriku Menelantarkan Keluarganya Demi Jadi Artis TikTok berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi klip drama sinetron berkenaan yang tular baru-baru ini, seorang wanita tersedar daripada koma selepas suami dan anaknya menari TikTok.
Bukannya didengerin doa doa malah music tiktod, mana langsung sadar lagiπβ pic.twitter.com/1SJO62cjZe
— AREA JULID (@AREAJULID) January 26, 2021
Meskipun babak itu memang tidak masuk akal, ia ternyata mampu meletakkan senyuman kepada wajah mereka yang menonton adegan berkenaan. Walaupun begitu, ada juga yang mempersoalkan bagaimana konten seperti itu boleh disiarkan.
Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan bagaimana wanita berkenaan sanggup abaikan ahli keluarganya kerana dia mahu menjadi seorang bintang TikTok.

Wanita terbabit terpaksa menanggung kesan buruk daripada tindakannya yang membuatkan dirinya kini berada dalam keadaan koma di hospital. Ia semestinya telah membuatkan anak perempuan dan suaminya sedih.
Disebabkan anak perempuannya tahu bahawa wanita itu suka menari TikTok, kanak-kanak itu mencadangkan bahawa dia dan bapa membuat konten berkenaan.
Selepas menerima persetujuan bapa, kanak-kanak itu dan lelaki berkenaan kelihatan seronok menari di hadapan kamera ditemani alunan lagu yang trending di aplikasi berkenaan. Wanita itu pun terjaga daripada koma ketika anak perempuan dan suaminya sedang asyik menari.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terhibur dengan babak berkenaan:
So weirdπ€£ https://t.co/APtmBMwlNF
— ilal (@Il4l__) January 27, 2021
YOO BROO WTF IS THIS SHITπππππ https://t.co/hcWpR3mPxw
— Ω (@fxatlux) January 26, 2021
This is so dang funnyππ https://t.co/tzluGKBPcV
— Seperti Serigala Yang Mengamuk (@botolhideung2) January 26, 2021
WHAT THE FUCK IS THIS https://t.co/xsfDlU6WE2
— π¦ (@acalaseamm) January 26, 2021
i have no words…. https://t.co/2VAWdT4JCh
— Rey. (@lilltaekoo) January 26, 2021
Letβs facepalm together. https://t.co/zb3o6WRyaA
— π πππ‘ (ππ°ππππ’π§π ππ«π¨π¦ π‘) (@SmudgeStan) January 27, 2021
Adakah anda turut terhibur dengan babak tersebut?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: