Babak yang dilakonkan oleh Alvin Chong membawa watak Ean keluar dari keretanya untuk mengejar peragut timbul semula dalam kalangan warganet baru-baru ini.
Rata-rata warganet menganggap adegan itu tidak masuk akal di mana Alvin boleh sahaja mengejar peragut tersebut dengan kereta yang dipandunya.
Adegan drama berjudul Takdir Yang Tertulis itu tular lagi selepas seorang pemilik akaun Twitter memuat naik video babak tersebut tanpa sebarang kapsyen.
— No Context Malaysia (@mynocontext) February 4, 2021
Menerusi ciapan tersebut, rata-rata warganet memberikan pelbagai pendapat dalam ruangan komen. Ramai yang menjadikan babak tersebut sebagai bahan jenaka antara mereka.
Kejar peragut guna kereta❌
— Shabina (@ketengahketepi) February 4, 2021
Keluar kereta lari kejar peragut ✅ https://t.co/yOLP2dCbwf
Dah itu takdir yang tertulis.. nak buat macam mana..dengan Izin-Nya juga https://t.co/HPdYe1Y1rs
— Awang Kri (@krimubarak) February 5, 2021
Sesetengah yang menyatakan ia adalah agenda marketing drama tempatan itu dan ada juga yang mengaitkan babak tersebut dengan keadaan politik di Malaysia.
Fuh pandai marketing citer ni… Japgi viral "wehh hahaha bodoh siak" "apa sial klua kete, drive jele😂" "aduh drama melayu ni hawau le🤣" …
— idk (@sauceissauce) February 4, 2021
Tbh, why not ada a bit fun from drama kannn😂😂 gud job director 👍 cengginih
perempuan = rakyat
— Hadi M. Nor (@hadimnor) February 4, 2021
peragut = covid
lelaki = kerajaan
gila deep scene ni, korang je tak nampak https://t.co/SZsTo5RYI8
Terdahulu, pengarah drama terbabit, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat menyatakan bahawa pihaknya terlepas pandang mengenai adegan yang berlaku pada episod tujuh itu.
“Kami terlalu fokus dengan objektif saya sampai terlepas pandang pasal kelogikan Ean boleh berlari keluar dari kereta.
Lagipun kami shoot babak ini dah dekat pukul 12 malam. Sel-sel otak dah tak berhubung sangat. Aku dah ingat katil je masa ini,” kata pengarah tersebut dalam akaun Instagram miliknya.
Hantaran pengarah drama Melayu itu juga disebar ke Twitter berkenaan dengan ciapan babak tersebut.
Ia turut mengundang kritikan daripada warganet dengan kenyataannya membandingkan drama tempatan dengan drama Korea Selatan.
“Anyway it’s okay. Ini menunjukkan drama TYT ni tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kelemahan sama dengan drama-drama lain termasuk drama Korea yang korang dok megah-megahkan sangat tu,” katanya.
First salahkan penonton sebab cari salah. Second perli drama korea yang menang power nak bandingkan melayu??!!! 😂😂😂
— 🕊 (@_NurhamizahAA) February 4, 2021
rasanya kalau drama korea takde kesilapan cuai seperti ni pastu buat statement salahkan penonton hahahahahah ingat penonton 2 kali 5 ke sama dengan pengarah 🤣🤣🤣🤣🤣
— 😒⁷ (@iatmuys) February 4, 2021
Dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan Alvin Chong, Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang seorang wanita yang kehilangan suami dan syarikat selepas dianiaya oleh lelaki tersebut dan rakan baiknya sendiri.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: