Azwan Ali Didenda RM17,000 Kerana Hina Petugas Hospital

Bekas pengacara terkenal iaitu Azwan Ali, didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini di atas tuduhan membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berkenaan COVID-19.

Dia yang juga berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan Ali menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Pada 24 Mac lalu, Azwan Ali didakwa menggunakan laman YouTube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semoga perkara ini dapat memberikan pengajaran kepada Azwan Ali dan juga kepada semua. Jagalah tutur kata dan perbuatan kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Untuk baca artikel lain tentang Azwan Ali, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca