Azhar Sulaiman Penat Nasihat Leona, Makin Tegur Makin Menjadi

Azhar Sulaiman kongsikan perbualannya dengan rakan pelakonnya di Instagram tentang anaknya yang sukar untuk makan nasihat.

Kasih Iris Leona atau nama panggilannya, Leona mula terkenal di TikTok terutama apabila semua dapat tahu yang dia adalah anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman.

Leona kini mempunyai ramai pengikut di media sosial dan tentulah ramai juga yang cuba menasihati atau menegurnya di ruangan komen.

Warganet bimbang akan Leona yang berpakaian semakin seksi dan kini, bapanya kongsikan bahawa dia juga sudah tidak tahu bagaimana hendak nasihat anaknya itu.

Azhar kongsikan perbualannya bersama rakan pelakonnya iaitu Aida Aris tentang Leona.

Aida membuka topik tentang Leona dengan memuji anaknya kini semakin terkenal dan respon Azhar adalah hari-hari Leona membuat dirinya ‘panas bontot’.

Aida cuba memberi cadangan pada Azhar tentang cara untuk menegur Leona tetapi Azhar berkata yang makin dia tegur, makin menjadi perangai anaknya.

“Kau cubalah cakap elok-elok dengan dia. Kau berlakonlah sikit dan cakap, sampai hati buat Daddy macam ini. Gunakan bakat lakonan kau tu untuk pujuk dia,” kata Aida.

“Hmmm mana mahunya. Nanti dia cakap balik, awak berlakon pula dengan saya sekarang? (are you acting with me now?) ,” balas Azhar.

Warganet semakin kasihan dengan bapanya yang sedang mengharungi perangai anaknya yang masih berdarah panas itu. Kita hanya mampu harapkan yang terbaik untuk Leona dan Azhar sekeluarga.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca