Azfar Rovski Tampil Buka Cerita Tentang Pemuda Di Sebelahnya Dalam Rancangan MHI

Mengkritik dan melontarkan komen yang tidak sepatutnya terhadap fizikal seseorang atau kita sering sebut sebagai body shaming merupakan salah satu bentuk buli.

Buka sahaja mana-mana media sosial, pasti ada posting berkenaan body shaming melintas di feed atau timeline masing-masing. Persoalannya, adakah si pelaku sedar yang perkara ini sebenarnya boleh membawa kepada kemurungan terhadap mereka yang diperlakukan sedemikian?

Tapi, bagaimana pula apabila mangsa body shaming bertindak melakukan perkara sama terhadap orang lain? Memandangkan dia sendiri pernah melalui perkara itu, bukankah sepatutnya dia lebih tahu yang tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan tidak kiralah apa pun alasannya.

Mangsa kepada mangsa body shaming yang kami ceritakan ini ialah Azfar Rovski yang cukup terkenal di laman Twitter.

Meskipun Azfar merupakan seorang penghidap penyakit albino dan sering dibuli secara siber, dia memilih untuk melihat perkara tersebut sebagai satu kelebihan. Hal ini menyebabkan orang ramai menjadikan dirinya sebagai role model dalam penjagaan kesihatan mental.

Rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) telah menjemput Azfar dan juga seorang lagi pemuda yang dikenali sebagai Shazwan bagi mengupas topik “Hapuskan Sindir Badan, Body Shaming Tidak Kelakar”.

Shazwan sebelum ini pernah dikecam teruk kerana tindakannya yang memuat naik satu video memaparkan badan ‘sado’ kepada umum.

Mahu dijadikan cerita, Shazwan inilah yang merupakan pelaku body shaming terhadap Azfar seperti kami sebut di awal artikel tadi.

Dalam rancangan yang bersiaran secara langsung itu, Azfar menceritakan semula tweet yang pernah dicoret oleh Shazwan terhadap dirinya. Shazwan sebelum ini pernah memuat naik satu tweet yang mengatakan, “Tolong buru dan kerat Azfar Rovski sekali” memandangkan ketika itu, kes remaja albino diburu dan dikerat untuk ritual sihir sedang hangat diperkatakan.

Salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik keratan video daripada rancangan MHI dan ia ternyata berjaya mencuri perhatian warganet. Dalam sekelip mata sahaja, tweet tersebut meraih hampir 20,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka.

Tinjauan kami di ruangan Replies kepada tweet tersebut mendapati bahawa rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan Azfar yang dikatakan cukup savage itu. Pada masa yang sama, ramai yang mempertikaikan kehadiran Shazwan bagi membahas topik berkenaan memandangnya dirinya sendiri adalah si pelaku.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa Azfar tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia dianggap tidak profesional. Malah, ada yang mengatakan tindakan tersebut boleh menjadikan Shazwan murung kerana menerima kecaman hebat daripada warganet.

Jadi, apa pendapat anda semua? Wajarkah tindakan yang diambil Azfar terhadap Shazwan itu? Kalau tanya penulis, penulis rasa tindakan itu memang patut. Kalau bicara soal kemurungan, semasa si pelaku mencoret tweet di atas, pernahkah dia terfikir yang tindakannya itu boleh membawa kemurungan terhadap mangsa?

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Press Digital.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca