Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi isu Azfar Rovski dengan Shazwan yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Baru-baru ini, rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) telah menjemput Azfar dan juga seorang lagi pemuda yang dikenali sebagai Shazwan bagi mengupas topik “Hapuskan Sindir Badan, Body Shaming Tidak Kelakar”.
Mahu dijadikan cerita, Shazwan yang pernah dikecam teruk gara-gara tindakannya yang memuat naik satu video memaparkan badan ‘sado’ kepada umum sebelum ini rupanya pernah melakukan body shaming terhadap Azfar.
Dalam rancangan yang bersiaran secara langsung itu, Azfar mengungkit semula tweet yang pernah dicoret oleh Shazwan terhadap dirinya. Shazwan sebelum ini pernah memuat naik satu tweet yang mengatakan, “Tolong buru dan kerat Azfar Rovski sekali” memandangkan ketika itu, kes remaja albino diburu dan dikerat untuk ritual sihir sedang hangat diperkatakan.
Holy fucking shit @Azfarovski. pic.twitter.com/3CkhcbLKzV
— Burhan (@burhan_plays) October 28, 2019
Tindakan Azfar ‘menembak’ Shazwan secara depan-depan itu membuatkan pemuda berkenaan terkedu. Rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan Azfar yang disifatkan cukup savage itu.
Dalam pada orang ramai memuji tindakannya itu, segelintir warganet tampil mengungkit satu coretan Azfar di laman Twitter di mana dia sendiri pernah melakukan body shaming terhadap seorang individu yang dikenali sebagai Arlina Banana.
Menerusi tweet tersebut, Azfar dilihat menyindir Arlina yang dibuli gara-gara saiz badannya secara terang-terangan.
Malah, Arlina sendiri telah memuat naik satu tweet yang dipercayai ditujukan kepada Azfar sebelum bertindak memadamnya. Meskipun coretan asal Arlina sudah tiada, ada pengguna Twitter yang sempat membuat tangkapan skrin tweet berkenaan.
Selepas perbuatan Azfar itu terbongkar, rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati kerana hakikatnya, dia sama sahaja seperti Shazwan.
When I decided to talk about it on TV, I knew people would dig up my old tweets. Be it racist, sexist, bigoted, body shaming etc.
But it’s alright. Even if my image goes down the drain, I would like to make a stance and say that it’s not, and never will be, alright.
— Azfarism (@Azfarovski) October 28, 2019
Sedar yang dirinya mula dikecam hebat oleh warganet, Azfar tampil membuka mulut berkenaan isu ini.
I think I need to clear the air. He did tweet something hurtful in the past but he apologized already.
Most importantly, he didnt make me suicidal. It was other factors.
Lets move on.
— Arlina (@arlinabanana) 28 October 2019
Pada masa yang sama, Azfar turut memaklumkan bahawa dia dan Arlina sudah pun berbaik. Malah, Arlina sendiri mengatakan yang dirinya sudah pun memaafkan Azfar.
Meskipun masih ada yang berpendapat apa yang Azfar lakukan kepada Arlina itu tidaklah seteruk apa yang Shazwan buat terhadapnya, body shaming tetap body shaming. Dalam erti kata lain, apabila seseorang itu melakukan body shaming, dia tetap salah. Ringkasnya, body shaming itu salah.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Press Digital.