Selain rasa, aspek kebersihan merupakan salah satu elemen paling penting dalam penyediaan sesuatu makanan.
Apabila nampak sahaja sesebuah restoran itu tidak bersih, kita pasti tidak akan menjejakkan kaki ke sana apatah lagi untuk memakan juadah yang dijual di situ. Risau nanti ada benda aneh yang dijumpai di dalam makanan tersebut.
Perkara ini telah menimpa seorang wanita apabila makanan yang dibelinya mengandungi ‘add-on‘ bahan yang cukup menjijikkan.
Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio memuat naik video hidangan ayam teriyaki yang mengandungi anak tikus.
Menurutnya, makanan berkenaan dibeli dari sebuah pasaraya di Colombus. Dia hanya menyedari tentang kewujudan tikus di dalam juadah itu sebaik sahaja pulang ke rumah.
Perkongsian itu tular di media sosial dan warganet meninggalkan pelbagai komen. Rata-ratanya menyatakan rasa simpati mereka terhadap wanita malang itu.