Ayam Bakar Peri-Peri Jadi Rebutan, Chicken Royale Delivery Menawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Anda

Kepada anda yang sukakan ayam bakar peri-peri ala Portugis, anda pasti mengenali jenama Restoran Chicken Royale yang selama ini beroperasi sebagai restoran dan food truck di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Menjadi kegemaran ramai kerana rasa unik sos peri-peri dan juga keju mozarella leleh yang mengiurkan, Chicken Royale Delivery kini menyediakan penghantaran terus ke pintu rumah anda.

Atas sambutan hangat dari pelanggan dan rata-rata warganet, Chicken Royale tidak melepaskan peluang bagi memastikan setiap penggemar ayam peri-peri dapat menikmatinya semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Servis penghantaran Chicken Royale akan meliputi seluruh Lembah Klang.

Perniagaan yang menerapkan unsur budaya Kesultanan Melayu ini bermula dengan perniagaan food truck sejak 2016 dan atas permintaan yang sangat menggalakkan, Chicken Royale kini selangkah lagi ke hadapan dengan pembukaan restoran berdekatan dengan food truck tersebut.

Restoran Chicken Royale yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn berdekatan dengan food truck.

Chicken Royale juga meraih lebih 4.4 juta tanda suka di laman sosial TikTok dengan gaya mantap proses membuat keju bakar di hadapan pelanggan sebagai tarikan.

@chicken_royale

#page366of366 We survived.Thank you for everything. May 2021 be better and this cheese terbang made your day 🤪 #fyp #chickenroyale #bye2020 #failure

♬ pota pota by HERA – hera

Apa yang menjadikan Chicken Royale istimewa adalah di mana ayam bakar peri-peri ini diperbuat daripada 14 rempah istimewa yang pastinya membuatkan anda terigau-igau selepas gigitan pertama. Pastinya anda akan mencari-cari lagi ayam bakar persis peri-peri Portugis ini selepas menikmatinya.

Datang dengan saiz hidangan set yang besar, Chicken Royale yang menampilkan gabungan mantap ayam peri-peri bersama keju mozarella leleh ini sesuai dinikmati bersama keluarga ataupun sahabat handai terutamanya semasa PKP ini.

Set Bersiong terdiri daripada gabungan ayam peri-peri unik bersama wedges, nugget, nasi arab yang dilengkapkan lagi dengan keju mozarella leleh.
Set Bersiong (RM69)

Set Bersiong ialah ayam peri-peri yang dihidangkan bersama nasi arab, kentang wedges, nugget ayam dan French fries.

Ia disempurnakan lagi dengan keju mozarella leleh yang diperbuat daripada mozarella asli, keju cheddar untuk melazatkan lagi rasa keju.

Tambah lagi dengan sos nachos yang memeriahkan lagi warna set hidangan ini, ia merupakan kombinasi yang amat serasi dengan kehangatan ayam bakar peri-peri. Pastinya lepas dah makan sekali, anda akan mahukannya lagi dan lagi.

Jika anda bukan peminat keju, jangan risau, Chicken Royale turut menyediakan Set Badang yang merupakan menu sama seperti Set Bersiong tetapi tanpa keju mozarella leleh.

Set Badang terdiri daripada gabungan ayam peri-peri unik bersama wedges, nugget, nasi arab yang dilengkapkan lagi dengan sos peri-peri yang cukup istimewa!
Set Badang (RM49)

Selain menyajikan set berkumpulan, Chicken Royale yang pernah tersenarai di ranking pertama Top 10 Best Food Truck Di Kuala Lumpur ini turut menyediakan set combo ayam peri-peri dengan dua hidangan sampingan pilihan anda bagi Set Lekiu dan satu hidangan sampingan pilihan bagi Set Lekir dan Set Kasturi.

Set Lekiu menawarkan saiz hidangan satu ekor ayam, manakala set Lekir separuh ayam. Dengan set Kasturi pula anda akan dapat hidangan bersaiz suku ayam.

Pastinya tiap set ini bergantung kepada tahap selera dan kelaparan anda ketika ingin menikmati hidangan ini. Suka diingatkan, jika sedang lapar, set Kasturi mungkin tidak akan dapat memberikan kepuasan maksimum. Jadi jika perut anda sedang kosong dan meminta-minta untuk diisi, pastikan set Lekir atau Lekiu menjadi pilihan anda.

Hidangan sampingan yang disediakan terdiri daripada French fries, nugget ayam, nasi arab dan coleslaw. Yang penting, set combo ini tiap satunya dijamu bersama sos peri-peri untuk kenikmatan yang tidak terperi.

Hidangan yang ringkas dan padat ini pastinya akan membuatkan anda mampu mencuri masa bagi menikmati keenakan ayam peri-peri Chicken Royale ini. Sambil berkerja pun tiada masalah untuk anda menikmati hidangan yang telah memikat selera ramai ini.

Anda sukakan nasi lebih dalam hidangan? Chicken Royale juga menyediakan anda pilihan menu nasi arab yang sungguh mengasyikkan.

Nasi Teja yang menyajikan ayam peri-peri unik bersama sos istimewa peri-peri yang menggiurkan.
Nasi Teja (RM10)

Nasi Teja terdiri daripada gabungan nasi arab, ayam bakar peri-peri dan dilengkapkan lagi bersama sos peri-peri yang pastinya akan membuatkan anda rasa terpukau. Sangat sesuai untuk dijadikan makan tengahari.

Jika anda mengidamkan kambing dan tidak mahu lepaskan peluang bagi mencuba sos peri-peri, Nasi Mahsuri adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Hidangan ini juga merupakan salah satu bestseller di Chicken Royale.

Nikmat ayam bakar unik ini tidak lengkap kalau anda tidak mencuba air tebu premium yang mampu menjadikan penutup manis sejurus menikmati kahangatan ayam peri-peri.

Air tebu premium dari Chicken Royale melegakan dahaga anda lagi memberikan rasa nyaman di kala cuaca panas.
Air Tebu Premium (RM8)

Diperbuat daripada 100% tebu asli yang premium, ia pasti akan membuatkan anda berasa segar dan nyaman di kala hari yang serabut sepanjang musim PKP ini.

Tidak puas dan nak lagi sos peri-peri yang enak? Jangan khuatir, Chicken Royale juga menyediakan sos peri-peri dalam botol supaya anda boleh menjamu selera bersama sos unik ini pada bila-bila masa sahaja!

Tidak cukup dan puas dengan sos peri-peri yang disediakan? Jangan risau, Chicken Royale ada menyediakan anda sos botol peri-peri untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja!
Sos Botol Peri-Peri (RM16)

Berita baik buat peminat burger di luar sana, Chicken Royale turut menampilkan menu baharu iaitu Burger Parameswara, di mana ia merupakan burger ayam persis Zinger yang disedapkan lagi dengan Cheese Peri-peri iaitu gabungan mantap mozarella leleh dan sos peri-peri. Dilengkapkan lagi itik salai yang lazat bersama sos yogurt, Burger Parameswara ini mampu membuatkan anda terliuh dan pasti mahukan lagi.

Persis burger Zinger, menu terbaru ini melengkapi citarasa peminat burger di luar sana dengan gabungan mozarella leleh dan sos peri-peri sekali dengan itik salai dan juga yogurt yang berlemak.
Burger Parameswara (RM21)

Tambahan pula, Chicken Royale kini menawarkan promosi 3% pulangan tunai (cashback) untuk setiap pembelian.

Anda boleh berjimat dengan menggunakan cashback tersebut untuk pembelian seterusnya di Chicken Royale.

Bagi mendapatkan ayam peri-peri yang hangat ini, anda boleh terus membuat pesanan menerusi laman web Chicken Royale Delivery. Waktu operasi penghantaran adalah dari 12 tengahari hingga 10 malam.

Ikuti media sosial Chicken Royale di Facebook, Instagram dan TikTok untuk maklumat lanjut. Amaran! Anda mungkin terliur apabila melihat sendiri hidangan peri-peri di Chicken Royale menerusi laman media sosial nanti!

Ceriakan hari PKP anda dengan kehangatan ayam peri-peri dan keju mozarella leleh dari Chicken Royale!

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang khasiat kulit ayam khas untuk penggemar ayam. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca