Ayah Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Pesakit Di MAEPS Beri Sokongan Kepada Kanak-Kanak Ini

Baru-baru ini, kisah seorang kanak-kanak yang dikuarantin di MAEPS Serdang kehilangan bapanya akibat Covid-19 menjadi tular.

Video yang berdurasi lebih kurang satu minit enam saat menunjukkan ketabahan beliau itu mencuri perhatian ramai, 144,000 tontonan dan menyayat hati warganet.

Raut wajah kanak-kanak tersebut dilihat seperti tergamam mendapat berita mengenai ayahnya itu. Walau bagaimanapun, beliau tetap kuat dan tidak menangis saat berita itu disampaikan.

Tambahan pula, pesakit-pesakit lain di pusat kuarantin itu turut memberikan sumbangan kepada adik itu yang secara tidak langsung dapat meringankan bebannya.

Dalam video tersebut, sekumpulan pesakit lelaki di MAEPS turut menemani kanak-kanak tersebut mengumpul sumbangan dan membangkitkan semangat beliau.

Majlis tahlil diadakan

Sumber: Ohbulan

Tidak berakhir di situ, pesakit-pesakit lain juga mengadakan majlis tahlil dan doa selamat buat arwah bapa kepada kanak-kanak itu.

Menerusi laman Twitter, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh kanak-kanak lelaki itu.

Sumber: Twitter @dekyaa312
Sumber: Twitter @ainaarahman

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca