Jualan tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 ternyata penuh dengan kontroversi.
Hal ini kerana, ramai yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan tiket ke perlawan berkenaan. Malah wujud pula spekulasi yang mengatakan kroni-kroni ulat tiket ini dalam kalangan ‘orang dalam’ sendiri.
Isu berkenaan yang tular di kalangan para peminat bola sepak mula mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ujarnya, dia turut bersimpati kepada semua yang tidak dapat membeli tiket tersebut. Tambah beliau, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.Pihak KBS bersedia untuk membantu FAM untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.”
Bukan itu sahaja, beliau juga tampil meleraikan ‘ketegangan’ ini dengan menawarkan orang ramai untuk menonton ‘live screening’ secara percuma.
“Pihak KBS dan @FAM_Malaysia akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk ‘live screening’ buat rakyat Malaysia.”
“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai ke Axiata Arena bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.”
Namun, menerusi laman Twitter, dapat dilihat bahawa para netizen tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Semoga isu seperti ini tidak akan timbul lagi di masa akan datang.