Awan Merah Berbentuk UFO, Fenomena Ini Mengejutkan Penduduk Turkiye

Pembentukan awan merah besar yang kelihatan seperti UFO telah dikesan berlegar di atas bandar Bursa, Turkiye telah mengejutkan penduduk di situ.

Awan berbentuk bulat serta penampakan lubang besar di tengahnya itu muncul ketika matahari terbit.

Tambahan pula, pancaran cahaya matahari terbit menyebabkan warna awan bertukar menjadi kemerahan.

Pemandangan aneh itu muncul di langit barat laut Turkiye pada Khamis lepas.

Walau bagaimanapun, awan berkenaan dikenal pasti sebagai awan lentikular.

Direktorat Meteorologi memberitahu media tempatan bahawa pembentukan aneh itu adalah contoh awan kanta yang umumnya terbentuk akibat angin kencang yang turun naik di atas bukit serta gunung.

Sumber: Daily Star

Awan lentikular biasanya muncul 2,000 hingga 5,000 meter di atas tanah dan merupakan petunjuk gelombang gunung di udara.

Ia terkenal dengan bentuknya yang melengkung dan kelihatan seperti piring angkasa lepas.

Awan aneh itu terbentuk daripada kelembapan di atmosfera oleh angin.

Udara yang sejuk dan bergunung-ganang membantu menyejukkan titisan lembapan yang kemudiannya terpeluwap, menjadikan awan pelik kelihatan.

“Awan boleh muncul apabila udara stabil dan angin bertiup merentasi bukit dan gunung dari arah yang sama atau serupa pada ketinggian yang berbeza,” kata pegawai.

Manakala daksi kejadian yang merakam fenomena itu pada telefon mereka dan berkongsi pemandangan pelik itu ke media sosial mendapati pembentukan awan tersebut dapat dilihat kira-kira sejam sebelum hilang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca