Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu membuatkan ramai yang memilih untuk memesan makanan menerusi syarikat perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan GrabFood.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu Nasrun Azim telah berkongsi tentang nota yang dititipkan kepada sepupunya yang bekerja sebagai rider Foodpanda.

Dalam ciapan yang sama, Nasrun memberitahu yang pelanggan tersebut turut memesan teh boba dan memberi tips kepada sepupunya itu.

Dalam nota yang dititipkan itu, pelanggan tersebut mengingatkan rider berkenaan supaya membawa motosikal dengan berhati-hati. Pada masa yang sama, dia juga mengingatkannya untuk tidak lupa mengisi perut sendiri hanya kerana sibuk bekerja dalam memastikan pelanggan tidak lapar. Lebih membuatkan ramai terharu adalah apabila di hujung nota itu, pelanggan tersebut turut menyifatkan rider Foodpanda sebagai adiwira dalam tempoh getir ini.
“Awak pun hero kami,” tulis pelanggan itu.
my cousin work as foodpanda driver and he got this from his customer , cute π₯Ί pic.twitter.com/4ENdotvyWB
— π·πͺπΌπ»πΎπ· (@nasrnazim) March 19, 2020
Perkongsian itu telah berjaya mencuri perhatian warga Twitter sehingga meraih lebih 20,000 ulang kicau dan hampir 30,000 tanda suka. Tinjauan kami di ruangan komentar mendapati bahawa rata-rata memuji tindakan pelanggan itu yang menzahirkan penghargaan terhadap rider syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang bertarung nyawa di atas jalan raya demi kita semua.
Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada pengguna laman sosial itu:
“Walaupun benda ini nampak simple, sekurang-kurangnya kita menghargai mereka,” tulis @syafaqeyla.
“Kalau aku dapat nota seperti ini, rasa macam terus semangat nak kerja. Tahulah cuma kerja atas motosikal sahaja tapi kami pun ada hati dan perasaan. Nyawa kami menjadi taruhan di atas jalan raya untuk hantar pesanan anda semua,” coret @mejak13.
“Nampak benda kecil sahaja tapi mereka pasti rasa amat dihargai,” kata @mdxaffiqq.
“Sebagai bekas rider/runner, saya tidak nafikan kerja ini memang memenatkan. Tapi apabila melihat pelanggan senyum semasa terima pesanan sudah cukup memuaskan hati kami. Terima kasih kerana menghargai pengorbanan para rider/runner,” tulis @ayiep29.
“Nak kumpul pahala ada banyak cara, ini contoh salah satunya,” coret @rxffmhd.

Diharapkan agar selepas ini lebih ramai yang menghargai jasa mana-mana rider atau runner kerana tanpa kita sedar, mereka juga adalah hero kita semua.
Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah: