Avatar Akhirnya Tewas Di Tangan Avengers: Endgame Sebagai Filem Paling Laris

Ceo Syarikat Marvel, Kevin Feige mengesahkan bahawa kutipan filem Avengers: Endgame kini sudah melepasi kutipan filem Avatar arahan hebat James Cameron.

Menurut laporan media antarabangsa, kutipan terakhir yang dibuat pada beberapa hari lalu memerlukan hanya RM2,054,900.00 lagi untuk Avengers: Endgame membawa Avatar turun dari takhta.

Ternyata hasrat Marvel untuk menjadi filem paling laris dalam sejarah perfileman Hollywood berhasil apabila perkiraan terbaru yang dibuat berdasarkan kutipan tayangan Avengers: Endgame 2.0 berjaya mengatasi filem Avatar.

“Tahniah kepada pasukan besar Marvel Studios dan Walt Disney Studios serta terima kasih kepada para peminat di seluruh dunia yang mengangkat Avengers: Endgame ke tahap bersejarah ini.” kata Kevin Feige

Walaupun sudah lebih sedekad, impak filem Avatar masih kekal kukuh dan pencapaian menakjubkan kedua-dua filem ini membuktikan kekuatan sesebuah filem untuk membawa penonton dalam satu penerokaan yang berbeza.

Marvel Studios sudah melakar pelbagai rekod perfileman Hollywood dan mereka bakal menambah satu lagi projek MCU Phase 4.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca