Atlet Renang Tanah Air Welson Sim Menjadi Kegilaan Ramai Di China

welson sim atlet renang malaysia

Atlet Malaysia Welson Sim telah menambat hati ramai di China dan beliau sedang tular di platform media sosial China Weibo kerana wajahnya yang tampan. 

Lahir di Kuching, Sarawak, Welson Sim yang berusia 24 tahun mewakili Malaysia di Olimpik Tokyo dalam kategori gaya bebas renang 200m dan 400m Lelaki.

Walaupun mukanya diselindung pelitup muka, warganet China amat kagum dengan penampilannya yang kacak semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

“Lelaki kacak dari pasukan Malaysia, this is so great! Lelaki yang berenang sangatlah tampan!” kata salah seorang warganet.

welson sim
Sumber: Weibo

Beberapa ciapan di Weibo turut berkongsi gambar dan akaun Instagramnya serta memanggilnya sebagai seseorang yang ‘meninggalkan kesan besar walaupun hanya sekilas pandang’.

Sumber: Weibo

Atlet renang ini sebenarnya telahpun menarik perhatian ramai sejak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di mana dia memenangi pingat emas untuk gaya bebas 200m dan 400m Lelaki.

Welson Sim akan mengambil bahagian dalam gaya bebas lelaki 200m pada 25 Julai hari ini.

Pertandingan itu turut disertai oleh perenang kebangsaan Phee Jinq En yang bertanding dalam kuak dada 100m wanita.

Mari doakan yang terbaik bagi atlet-atlet negara yang bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini. Malaysia Boleh!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca