Atasi Bibir Kering Dan Merekah Kerana Berpuasa Dengan Tips Mudah Ini

Atasi Bibir Kering Dan Merekah Kerana Berpuasa Dengan Tips Mudah Ini

Masalah bibir kering dan merekah ketika berpuasa adalah satu perkara yang selalu terjadi disebabkan oleh hidrasi atau kandungan cecair sedikit dalam tubuh.

Hal ini juga kerana bahagian kulit di bibir adalah lebih sensitif dengan kekurangan kelembapan berbanding dengan bahagian kulit yang lain.

Walaupun tidak ramai yang mengalami masalah ini, pasti ada segelintir daripada kita yang risau bibir merekah ini akan membuatkan kita kelihatan sakit.

Bukan itu saja, jika dibiarkan terlalu kering, bibir akan mengelupas dan berdarah. Selain daripada kekurangan air, ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Hari ini, kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk mengelakkan bibir kering dan merekah ketika berpuasa.

Pelembap Bibir (Lip Balm)

Sumber: mStar

Walaupun agak leceh untuk sentiasa mengunnakan lip balm, ianya boleh mencegah bibir kita daripada kering disamping melembapkan bibir sepanjang hari.  

Anda boleh gunakan pelembap bibir yang mempunyai SPF dan mengandungi minyak semula jadi seperti bahan jeli petroleum.

Madu

Sumber: FOOD Navigator-asia

Terdapat pelbagai kajian yang mendapati madu mempunyai agen anti bakteria dan juga agen penyembuhan. Madu juga boleh digunakan sebagai pelembap.

Sebelum tidur, anda boleh sapukan madu ke bibir dan ketika waktu sahur pula, minum sedikit madu untuk mencegah bibir kering.

Elak Menggigit atau Jilat Bibir

Sumber: parenting firstcry

Walaupun bibir anda nampak basah dengan menjilatnya ketika bibir kering, hal ini akan membuatkan bibir anda akan lebih merekah.

Ini adalah kerana air liur kita mempunyai asid yang boleh menyebabkan kekeringan pada bibir. 

Bukan itu saja, perbuatan ini juga akan menghilangkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bibir.

Elakkan Makan Makanan Pedas

Sumber: 365 gorgeous

Makanan pedas tidak baik untuk bibir yang senang merekah dan menjejaskan penghadang kulit untuk mengekalkan kelembapan bibir.

Makanan pedas juga akan menyebabkan bibir sentiasa berasa pedih kerana ‘burning sensation’, lagi-lagi untuk bibir yang sudahpun merekah.

Minum Banyak Air Kosong

Sumber: USEFULDIY

Tips ini agak cliché namun masih ramai yang mengabaikannya. Minum banyak air ketika sahur dan berbuka adalah cara yang paling baik untuk elakkan bibir kering waktu berpuasa.

Air putih, atau air kosong senang diserap tubuh dan dapat memastikan kita sentiasa terhidrasi serta mencegah bibir daripada kering dan merekah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca