Atas Nasihat Tun Mahathir, Maszlee Malik Umum Peletakan Jawatan

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik baru sahaja mengumumkan peletakan jawatan dalam satu sidang media yang berlangsung di Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Meskipun banyak pembaharuan sudah dan sedang dilaksanakan sepanjang menggalas amanah sebagai Menteri Pendidikan, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutamanya melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Menurut Dr. Maszlee, keputusan ini dibuat atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM,” kata Dr. Maszlee.

“Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia.”

“Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak
berbelah bagi kepada beliau (Tun Mahathir) dan parti saya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” kata beliau lagi.

“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020,” umum Dr. Maszlee.

Untuk baca artikel lain berkenaan Dr. Maszlee, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca