Atas Kejayaan #BotakChallenge, Syed Saddiq Sambut Tahun Baru Dengan Imej Baharu

Frasa yang biasa kita dengar, “Your hair is your crowning glory.” Rambut merupakan mahkota dan gambaran personaliti seseorang. Gaya dan warna malah potongan rambut juga memberi pelbagai maksud tentang diri setiap individu.

Cabaran #BotakChallenge yang dimulakan Syed Saddiq sendiri ini bertujuan untuk merealisasikan kutipan dana sebanyak RM 200,000 bagi membeli komputer riba untuk diberikan kepada pelajar kurang berkemampuan.

Sumber: Twitter @SyedSaddiq

Lima hari selepas bermulanya cabaran tersebut pada 26 Disember lalu, Syed Saddiq berjaya mengumpul dana hampir RM 400,000.

Bak kata pepatah Melayu, manusia dipegang pada janjinya. Beliau turut menyahut cabaran Astro Awani untuk membotakkkan kepala secara langsung tanpa sedikit pun rasa ragu. Beberapa kali juga perkataan ‘menyesal’ diterbitkan dari mulut Syed Saddiq.

Sumber: Astro Awani

Namun, riak wajahnya tiada langsung kelihatan kesal. Pengalaman sebagai public figure dan ahli politik mungkin membantunya menyembunyikan perasaan sebenar.

Mungkin juga, beliau hanya tertumpu kepada janji dan komitmen yang sudah dilafazkan untuk ditunaikan pada masa itu.

Menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet, Syed Saddiq membuka lembaran tahun baru dengan memuat naik gambarnya sedang menjamu sarapan di Muar.

Sumber: Twitter @SyedSaddiq

Selain itu, wajah baru Syed Saddiq itu seringkali dijadikan meme oleh warganet di laman media sosial.

Sumber: Twitter @isyarfmrn

“Jujurnya, saya sendiri tak sangka dapat kumpul RM 200,000. Tetapi saya berterima kasih kerana rata-rata yang menyumbang bukanlah dalam jumlah yang besar, sebaliknya dalam lingkungan tidak sampai RM 50,”kata ahli politik tersebut.

“Walaupun jumlah tidak besar, tetapi besar maknanya,” tambahnya lagi sebelum dibotakkan oleh ibunya, Syarifah Mahani Syed Abdul Aziz semasa sesi membotakkan kepala itu sedang berlangsung di Astro Awani.

Semoga tahun baru ini akan menyinari hidup anda seperti pantulan cahaya kepala Syed Saddiq!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Syed Saddiq, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca