Asyik Batuk Berdarah, Doktor Terkejut Jumpa Seekor Lintah ‘Mendiami’ Tekak Wanita Ini

Kegusaran seorang wanita yang sering batuk berdarah di samping rasa tidak selesa di tekak akhirnya terjawab apabila doktor yang merawatnya telah mengesahkan bahawa terdapat ‘penduduk tanpa izin’ iaitu seekor lintah yang ‘mendiami’ tekaknya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wang itu membuat keputusan untuk pergi ke hospital tempatan di Guiyang, China apabila dia dapat rasa seolah-olah ada objek yang sentiasa bergerak pada bahagian tekaknya.

Sebaik sahaja melakukan pemeriksaan ke atas wanita itu, doktor mendapati seekor lintah sedang ‘bersantai’ di bahagian saluran pernafasannya sewaktu menjalankan proses bronchoscopy.

Imej tersebut turut memaparkan parasit berukuran 1.2 inci itu sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran dengan peti suara, lapor Astro Awani.

Doktor turut meminta wanita berusia 65 tahun itu untuk menjalani pembedahan kerana sekiranya lintah tersebut dikeluarkan secara paksa, kecederaan yang lebih serius boleh berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca