Sukan sepatutnya menjadi pemangkin perpaduan antara kaum untuk negara kita ini yang berbilang kaum, jadi mengapa terdapat sekolah yang asingkan sukan mengikut kaum?
Semangat perpaduan perlu ditanam sejak kecil lagi kerana kemakmuran dan pembangunan negara bergantung kepada generasi muda untuk memeliharanya.
Oleh sebab itu, sekolah seharusnya menjadi tempat yang penting untuk menanamkan sifat perpaduan antara kaum.
Namun, terdapat sebuah sekolah menengah di Johor didapati mengasingkan sukan mengikut kaum dan perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Reezal Merican telah mengecam perbuatan sekolah tersebut yang menetapkan syarat untuk aktiviti kokurikulum termasuk sukan dimana hanya terbuka untuk satu kaum sahaja.
Beliau ujar dalam satu tweet bahawa tindakan sekolah menengah tersebut adalah tidak wajar dan terkebelakang.
Sukan sepatutnya color blind, melangkaui sempadan budaya dan menjadi agen perpaduan. Ini tindakan yang tidak wajar dan terkebelakang. Tiada polisi atau pendekatan sebegini dlm Dasar Sukan. Kita mahu pendemokrasian sukan bermula di sekolah. https://t.co/lpOnzmeezr
— Reezal Merican (@reezal_merican) April 16, 2021
“Kita mahu pendemokrasian sukan bermula di sekolah,” katanya dalam tweet tersebut yang membalas tweet pengguna akaun Twitter (@sharwinsubra05).
Pengguna tersebut mempersoalkan tindakan sekolah itu dengan memuat naik gambar sekeping kertas yang mengandungi senarai kelab, dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Jika dilihat daripada gambar di atas, senarai itu menyatakan pengasingan sukan seperti berikut:
- Bola Sepak (Melayu)
- Bola Keranjang (Cina)
- Ping Pong (Cina)
- Bola Jaring (Melayu)
- Sepak Takraw (Melayu)
Rata-rata pengguna akaun Twitter yang lain membalas tweet pengguna Twitter (@sharwinsubra05) dengan menyelar tindakan tidak wajar sekolah menengah itu.
no wonder there are no more soh chin aun, arumugam, santokh singh, james wong etc.. and no wonder the national team basketball (chinese only) seaktakraw (malay only). This is the root of the problem… is it 2021 or 1921?
— azlim ibrahim (@AzlimIbrahim) April 16, 2021
Sports have race? What stupidity is this?
— Ir_ Riaz (@riaz_ir) April 16, 2021
This is some stupid low level mentality perpetuating stereotypes and then wondering why 'other' people are racists or bias.
— TanSriYousefJoseph (@SriYousef) April 16, 2021
Malaysian education stakeholders are not doing any justice to the young, the smart or the able.
Destroy the education, the country will burn.
Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Reezal Merican.
“Setuju dgn DS Reezal Merican. Sejak 1974, ada program rasmi Kem Pendidikan tentang bola keranjang yg bertujuan menjadikannya sukan semua kaum. Kini ada lebih setengah juta pemain bola keranjang bukan-Cina.” ujarnya.
Tweet daripada Saifuddin Abdullah itu dibalas kembali oleh Reezal Merican dimana beliau berkata biarlah sukan menjadi detik-detik kesatuan dan perpaduan kita.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini?