Asalnya Cuma Bergurau, Pelajar Tingkatan 3 Maut Apabila Kaca Dari Pintu Kelas Tertikam Leher

Pelajar tingkatan 3 maut selepas tersepit pada pintu kaca dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah swasta berhampiran Taman Sains Selangor, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari semalam.

Hasil siasatan menunjukkan kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 15 tahun bersama rakannya bergurau untuk menutup pintu kelas mereka.

“Mangsa telah menolak pintu kaca hingga pecah dan kepalanya terhantuk sehingga menyebabkan leher tertikam kaca pintu tersebut,” kata Mohd Zani.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bersama tiga rakannya berada di dalam kelas sewaktu kejadian.

Lanjut Mohd Zani, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani proses bedah siasat lanjut berhubung kejadian itu,” tambah beliau.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca