Asah Bakat Dan Kemampuan Pelajar Melalui Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kerjasama antara Yayasan Pesona ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kemampuan golongan pelajar dalam pelbagai bidang.

Datuk Aznil Nawawi iaitu Pengasas Yayasan Pesona dan juga artis terkenal tanah air berkata melalui program Bengkel Speaking Nation, ia telah menggabungkan beberapa elemen dalam kalangan pelajar.

Ia juga termasuklah elemen berkomunikasi dengan baik, kreatif, mampu membuat analisa, berfikir secara spontan, kerjasama dalam kumpulan dan beretika murni serta mampu mengekalkan kesopanan.

“Walaupun program ini mengutamakan sikap berani ke hadapan bagi setiap pelajar dengan memberikan pendedahan untuk mereka mampu menyuarakan pendapat dalam skala besar tetapi masih mempunyai adab ketimuran,” katanya.

“Hasilnya pelajar yang telah mengikuti program ini akan mempunyai sikap ‘Berketerampilan Kelas 1’ dan mempunyai ‘faktor WOW’ serta ‘Pesona’ yang tinggi,” jelasnya.

Menurutnya, sidang media dihadiri oleh Pegawai PAK21 daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat iaitu Mohd Nazri Samad selepas Program Speaking Nation yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth Yong Peng itu.

Setelah penganjuran pertama program yang diadakan di Pulau Pinang berjaya, kini Johor pula menjadi lokasi kedua dengan penglibatan 13 sekolah harian dengan disertai 140 pelajar dan 14 guru.

Program ini akan bergerak ke setiap negeri dan seterusnya akan menyasarkan penglibatan pelajar di peringkat sekolah rendah pula dengan memberikan pendedahan tentang kepentingan komunikasi ini.

“Bagi PAK21 ini, para pelajar seharusnya didedahkan dengan pemikiran di luar kotak kebiasaannya, diselang-selikan dengan aktiviti menghiburkan agar mereka tidak bosan untuk menuntut ilmu berbanding dengan kaedah tradisional yang menghadap buku samata-mata.”

“Untuk pelajar, selepas ini diharapkan mereka akan dapat melihat positifnya program ini dengan mempunyai daya saing yang tinggi, manakala bagi guru pula dapat menerapkan kaedah pengajaran dengan interaksi yang lebih mesra serta tidak terlalu formal,” katanya.

Nurul Atikah Mohd Saat yang merupakan peserta program menganggap ia merupakan nilai tambah kepada ilmu yang dia miliki, di mana ia tidak diperoleh di dalam kelas dengan menitikberatkan kepentingan berkomunikasi.

“Pada waktu kini menjadi pelajar pintar dan berkebolehan tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas semata-mata, namun komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak sangat penting termasuklah rajin bertanya,” jelasnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca