Artis Korea Pertama Pergi Bulan, T.O.P BIGBANG Sertai Misi Angkasa Lepas

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun daripada ahli kumpulan BIGBANG telah dipilih untuk menyertai pergi ke bulan dalam projek yang dipanggil dearMoon.

Sumber: dearmoon

Bintang K-Pop itu berkongsi sendiri tentang perasaan dan pendapat selepas dipilih menjadi salah seorang ahli dalam projek yang bersejarah ini.

Menerusi akaun rasmi Instagram miliknya, T.O.P BIGBANG menyatakan sangat berbesar hati dan sejak kecil lagi minat tentang angkasa dan bulan.

Menurutnya lagi, projek ini adalah tanggungjawab yang besar kerana T.O.P BIGBANG akan menjadi orang pertama yang mewakili Korea Selatan pergi ke bulan. Hal ini membuatkan artis K-Pop itu tidak berasa gentar untuk ke luar angkasa.

Projek dearMoon adalah projek seni yang dicipta oleh seorang jutawan yang juga pengumpul karya seni iaitu Yusaku Maezawa, pengasas pusat beli-belah dalam talian terbesar di Jepun.

Sumber:Twitter

Sebelum ini, Yusaku Maezawa pernah membuka penyertaan untuk orang awam berpeluang pergi ke bulan bersamanya. Melalui pernyertaan ini Yusaku telah memilih 10 orang termasuk T.O.P BIGBANG merasakan sendiri pengalaman terbang ke angksasa lepas.

Yusaku Maezawa telah berkolaborasi bersama syarikat milik Elon Musk iaitu SpaceX untuk menjayakan misi ini.

Sumber: First Classe

Projek dearMoon akan menggunakan kapal angkasa yang dibangunkan oleh SpaceX untuk terbang mengelilingi bulan selama kira-kira satu minggu.

Selain T.O.P BIGBANG, ahli lain yang akan bersamanya adalah Steve Aoki seorang DJ dan penerbit muzik turut terlibat dalam projek ini.

T.O.P BIGBANG dan Steve Aoki serta 8 orang individu yang berpengaruh dan berbakat dilaporkan akan ke angkasa lepas pada tahun 2023.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca