Arsenal Berpesta Gol, Mengukuhkan Cengkaman Empat Teratas

Arsenal berpesta gol, membelasah Norwich City dengan jaringan 5-0 pada aksi saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

The Gunners membuka tirai jaringan seawal minit keenam apabila sepakan kaki kiri pemain muda mereka, Bukayo Saka berjaya meletakkan bola di bahagian kanan jaring gol pihak lawan selepas satu set hantaran yang baik diantara pemain-pemain Arsenal.

Bukayo Saka meraikan jaringan gol pertama Arsenal seawal 6 minit perlawanan

Sebelum wisel separuh masa dibunyikan, Arsenal menjaringkan gol kedua, apabila hantaran cantik daripada Odegaard membuka ruang untuk pemain pertahanan kiri, Kieran Tierney meloloskan diri lantas menjaringkan gol.

Pada separuh masa kedua, Saka menambah jaringan buat Arsenal sebelum Alexandre Lacazette menyempurnakan sepakan penalti meletakkan The Gunners empat jaringan di hadapan. Datang daripada bangku simpanan, pemain gantian Emile Smith Rowe kemudiannya menyempurnakan kemenangan Arsenal itu dengan satu lagi jaringan pada masa tambahan.

Dengan kemenangan ini, Arsenal telah mencatat lima kemenangan yang berturut dalam semua pertandingan.

“Kami kelihatan begitu tajam dan komited. Ia kemenangan besar buat kami,” kata Arteta.

Selain daripada Arsenal, Spurs juga mencatat kemenangan dalam perlawanan liga semalam apabila mereka mengalahkan Crystal Palace 3-0. Lantas melonjakkan mereka ke tangga kelima, enam mata dibelakang Arsenal, tetapi bermain kurang tiga perlawanan.

Harapan West Ham untuk kembali ke tangga keempat semakin pudar apabila mereka dikalahkan di laman sendiri oleh Southampton dengan jaringan 3-2.

Dengan kemenangan mereka yang berturut, Arsenal kini semakin mengukuhkan kedudukannya di tangga empat teratas liga. Namun dengan pasukan lain seperti Manchester United dan Spurs yang tidak jauh di belakang dengan bermain kurang perlawanan, tidak mustahil untuk kedudukan mereka itu akan berjaya dipintas kelak.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca