Ari Lasso Buka Cerita Pernah Buat Konsert Di Hadapan Ribuan Makhluk Halus

Penyanyi ternama dari negara seberang iaitu Ari Lasso mencuri perhatian orang ramai apabila beliau mendedahkan pernah buat konsert di hadapan ribuan makhluk halus.

Memetik laporan Liputan 6, bekas vokalis Dewa 19 itu menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku ketika mengadakan konsert jelajah di lebih 30 bandar di Indonesia bersama kumpulan Ada Band pada tahun 2005.

Menerusi salah satu temu bual bersama Raditya Dika, penyanyi terbabit menjelaskan bahawa salah satu konsert jelajah itu ditonton oleh ribuan jin atau makhluk halus.

Sumber: LAzone.id

Sebelum persembahan mereka, pengendali konsert sebenarnya telah memaklumkan kepada Ari beberapa garis panduan yang pelik seperti pengurus penyanyi itu tidak dibenarkan untuk mandi sepanjang berada di bandar tersebut.

Selain itu, Ari dan Ada Band turut diminta untuk membiarkan sahaja sekiranya para penonton ada melakukan gerakan atau riak wajah yang aneh sepanjang konsert.

Ari menyatakan bahawa konsert pada malam itu disaksikan oleh kira-kira 12 ribu penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebaik sahaja mereka selesai melakukan persembahan, Ari pun pergi meninggalkan pentas tetapi beliau rasakan sesuatu yang aneh dua minit selepas itu.

Sumber: Liputan 6

“Saya terus masuk kereta selepas persembahan tamat. Stadium itu hanya ada satu sahaja pintu keluar masuk. Ketika mahu keluar dari stadium, saya pasti akan melalui para penonton tetapi tempat itu agak senyap dan sepi.

Dalam masa kurang daripada dua minit selepas persembahan tamat, hanya ada dua ribu penonton yang tinggal. Saya cuba berfikiran positif. Mungkin penonton sudah ada dekat luar. Bila saya keluar dari stadium, tempat itu sangat sepi. Hanya ada puluh ratus orang. Ini aneh,” tambahnya lagi.

Selepas mereka sampai di hotel, pengurus Ari telah melanggar pantang larang yang dinyatakan sebelum konsert. Disebabkan badannya sudah rasa tidak selesa, pengurus terbabit pergi mandi seperti biasa.

“Beberapa minit kemudian, ada yang jerit minta tolong di bawah hotel. Ketua produksi saya telah dilanggar motosikal di hadapan hotel apabila beliau ingin melintas jalan untuk membeli rokok. Beliau patah tangan,” tambahnya.

Berbalik kepada kes penonton tadi, pengendali konsert itu menjelaskan kepada Ari bahawa ia sudah jadi satu perkara biasa untuk jumlah penonton berkurangan dalam sekelip mata.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca