Arab Saudi Rancang Bina Bangunan Cermin Gergasi Bernilai RM4.4 Trilion

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan akan membina bangunan cermin gergasi sepanjang 120 kilometer yang bernilai sebanyak RM4.4 trilion.

Sumber: The Jerusalem Post

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud telah membuat perancangan untuk membina bangunan pencakar langit daripada kaca cermin itu di wilayah Tabuk, barat laut Arab Saudi.

Projek ini juga dikenali sebagai Mirror Line merupakan sebahagian daripada pembangunan bandar padang pasir yang dinamakan struktur Neom.

Sumber: dezeen

Sekiranya struktur ini berjaya direalisasikan, ia akan menjadi struktur terbesar di dunia dengan dua bahagian bangunan kaca masing-masing mempunyai ketinggian 488 meter (1,600 kaki) yang merentasi padang pasir, pantai dan landskap gunung sejauh 120 kilometer (75 batu).

Sumber: FACT Magazines

Lebih menarik lagi, kedua-dua bangunan tersebut akan dihubungkan dengan kemudahan laluan penjalan kaki yang dikatakan mampu menampung seramai lima juta orang yang akan berjalan dari hujung ke hujung dalam masa 20 minit.

Tambahan lagi, kereta api berkelajuan tinggi turut dibina di bahagian bawah bangunan tersebut.

Walaupun pasukan jurutera menyatakan kemungkinan projek ini akan mengambil masa selama 50 tahun tetapi Putera Mohammed mengharapkan projek ini berjaya disiapkan pada tahun 2030.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca