Arab Saudi Kenakan Perintah Berkurung Ketika Aidilfitri Kelak

Ketika rakyat Malaysia diberikan kelonggaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam had maksimum 20 orang dalam tempoh PKPB, lain pula yang berlaku di Arab Saudi apabila mereka akan dikenakan perintah berkurung (lockdown) selama 24 jam selama lima hari semasa cuti Aidilfitri bagi membendung penyebaran wabak COVID-19.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, perintah berkurung itu berkuat kuasa mulai 23 hingga 27 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, setakat ini perniagaan dan komersial dibenarkan untuk dibuka dan orang ramai masih bebas bergerak antara jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali Makkah yang berada dalam kawalan perintah berkurung sepenuhnya.

Sebelum ini, Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam di kebanyakan bandar tetapi melonggarkannya sejak awal Ramadan. Namun, kelonggaran sepenuhnya tidak diberikan kepada kawasan yang masih lagi merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Untuk rekod, Arab Saudi mencatat sebanyak 42,925 kes COVID-19 dan 264 kematian. Ini adalah jumlah tertinggi dalam enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang secara keseluruhannya mencatatkan lebih dari 107,000 kes dan 582 kematian.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan Arab Saudi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca