Apple Pay Akhirnya Sudah Rasmi Di Malaysia, Pengguna Apple Dilihat Teruja

Apple secara rasmi telah mengaktifkan ciri penggunaan Apple Pay untuk pegguna di Malaysia.

Pengguna Apple kini boleh melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.

Untuk berbuat demikian, pengguna perlu terlebih dahulu menyimpan butiran kad bank mereka dalam aplikasi Wallet pada peranti iOS mereka.

Makluman terkini terdapat tiga bank yang mempunyai sokongan penggunaan Apple Pay iaitu Maybank, AmBank dan Standard Chartered.

Setelah disimpan, mereka boleh mula mengesahkan pembayaran menggunakan Face ID atau Touch ID.

Untuk pembelian secara offline pula, pengguna boleh membuat pembayaran dengan NFC dan tiada masalah untuk digunkana pada mana-mana kedai selagi mempunyai logo paywave.

Apple Pay juga boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran dalam talian untuk platform seperti Shopee.

Perkhidmatan ini juga menyokong pembayaran untuk aplikasi dan permainan di App Store.

Pelbagai reaksi warganet di media sosial yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan ciri Apple Pay tersebut. Rata-rata berpuas hati dengan kemudahan ini.

Malaysia sebenarnya merupakan negara kesembilan di Asia Pasifik serta kedua di Asia Tenggara yang menerima Apple Pay selepas Singapura pada April 2016.

Apple Pay pertama kali diumumkan pada September 2014 semasa pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, sebelum ia dilancarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat pada bulan berikutnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca