Apple Bakal Lancarkan #AppleEvent iPhone 12

Apple telah menetapkan tarikh untuk keluaran iPhone terbarunya iaitu iPhone 12. Dilengkapi peranti baru, dijangka menggunakan sambungan tanpa wayar 5G yang mana super cepat dan reka bentuk baru yang diilhamkan oleh iPad, yang dilancarkan jam 10 pagi tadi, hari ini.

Sumber: Twitter

Mengikut khabar angin, Apple masih belum mempunyai kata putus mengenai harga atau tarikh keluaran. Seperti Persidangan Pembangun Seluruh Dunia Apple lepas, mengenai pengumuman pengeluaran Apple Watch dan iPad pada bulan September, acara iPhone 12 ini turut akan diadakan sepenuhnya dalam talian. Acara ini akan disiarkan melalui laman web Apple, dan anda boleh menontonnya di sini.

Mengikut para analisis, pelancaran produk Apple tahun ini dijangka akan mewujudkan peningkatan gelombang pembelian dengan pengguna melihat keupayaan iPhone 5G baru yang tampil dengan wajah lain mengikuti iPad Pro.

Menurut tinjauan oleh penjual elektronik Decluttr, 53 peratus responden yang “mengejutkan” merancang untuk membeli iPhone pada tahun ini yang turut sama memberi saingan hebat seperti Galaxy Z Fold 2 Samsung, dengan paparannya yang boleh dilipat, atau Surface Duo Microsoft, dua skrin yang disatukan bersama serta menawarkan putaran baru pada pembinaan telefon pintar logam dan kaca standard.

Sumber: Twitter

Walaupun iPhone baru hanya menawarkan beberapa reka bentuk luar dan fungsi yang berbeza, ia tetap akan menarik perhatian terutamanya pengguna IOS . Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengguna mungkin akan lebih tertarik dengan apa yang mereka tahu dan lihat.

Sumber: Twitter

Undangan Apple, yang sebelum ini sering memberi sedikit petunjuk kepada pengguna, kali ini mempersembahkan logo bulatan Apple berbeza yang mana mempunyai gabungan warna biru, oren dan merah serta tertera tulisan: “Hi, Speed.” di dalamnya.

Sumber: @Apple

Pada pendapat anda, berapa banyak siri lagikah iPhone yang bakal dilancarkan oleh Apple?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan telefon pintar, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca