Aplikasi WhatsApp Bakal Tampil Dengan Ciri Baharu Untuk Muat Naik Status Terus Ke Facebook

Ciri baharu yang akan membolehkan pengguna berkongsi Status yang boleh ditambah secara automatik ke Facebook Stories bakal diperkenalkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Syarikat tersebut dipercayai berusaha keras untuk memperkenalkan ciri berkenaan bagi meningkatkan jumlah Status yang dimuat naik ke platform itu pada setiap hari.

Walau bagaimanapun, ia masih belum dilancarkan lagi. Sekiranya ciri berkenaan sudah boleh digunakan, pengguna akan boleh mengemas kini status yang mengandungi gambar, video, GIF dan teks terus ke laman Facebook.

Pilihan bergantung kepada pengguna itu sendiri sama ada mereka ingin menghantar terus WhatsApp Status ke Facebook atau tidak.

Tetapan itu dibuat setelah terdapat jutaan telefon pengguna WhatsApp digodam kerana isu pelanggaran hak pengguna sebelum ini.

“Kami percaya beberapa pengguna terpilih yang mudah terdedah dengan serangan telah menjadi sasaran pelaku siber ini.”

“Serangan tersebut memiliki semua ciri sebuah syarikat swasta yang dikenali bekerja dengan kerajaan untuk menghantar virus yang merampas fungsi sistem operasi telefon bimbit,” kata syarikat tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca