KONGSIKAN

Adakah anda seorang penguna Apple? Jika ya, pergi ke app store anda sekarang dan cari aplikasi Tumblr. Tiada bukan? Hal ini kerana aplikasi Tumblr telah dikeluarkan daripada Apple App Store.

Menurut Tumblr, pornografi kanak-kanak merupakan sebab mengapa aplikasi berkenaan dikeluarkan secara serta-merta daripada App Store iOS. Sejak 16 November yang lalu, aplikasi Tumblr tidak lagi terdapat dalam app store berkenaan. Sehingga kini ‘kehilangan’ aplikasi berkenaan masih tidak dapat dijelaskan.

 

 

Tumblr pada mulanya hanya mengatakan bahawa ia “bekerja untuk menyelesaikan masalah dengan aplikasi iOS.” Walau bagaimanapun, selepas terdapat sumber-sumber yang mendakwa bahawa ia berkaitan dengan penemuan pornografi kanak-kanak pada aplikasi  mengenai perkhidmatan itu, rangkaian media sosial milik Yahoo telah mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan terbaru. 

Dalam pernyataan yang dikemas kini, Tumblr berkata bahawa setiap imej yang dimuat naik ke platform telah “diimbas melalui pangkalan data industri bahan penyalahgunaan seksual kanak-kanak” bagi menapis imej yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, suatu “audit rutin” telah menemui bahawa terdapat content yang tidak hadir dari pangkalan data, yang menyebabkan imej berkenaan dapat menyelinap melalui penapis.

Walaupun Tumblr mengatakan kandungan itu dikeluarkan dengan segera, aplikasinyamasih tidak dapat dijumpai di App Store. Walau bagaimanapun, ia masih tersedia di Google Play bagi pengguna Android.

Garis panduan IOS Apple dengan jelas menyatakan bahawa semua aplikasi mesti mempunyai penapis kandungan untuk memaparkan bahan tersebut, dan nampaknya sistem yang ada Tumblr tidak sesuai dengan piawaian ini. Walaupun syarikat itu berkata mendapatkan aplikasinya semula adalah “keutamaannya”, ia tidak dapat memberi tempoh masa yang jelas untuk kembali.