Aplikasi Menarik Untuk Mengesan Telefon Bimbit Yang Hilang

Kehilangan peranti mudah alih atau telefon bimbit sering berlaku di kalangan masyarakat kita. Dengan teknologi yang semakin berkembang ini, terdapat banyak aplikasi yang dicipta untuk mengesan telefon bimbit anda jika ia hilang. Untuk yang tidak kehilangan telefon bimbit pula, penting juga untuk anda tahu aplikasi-aplikasi ini supaya anda tidak panik apabila telefon bimbit anda hilang nanti.

Berikut adalah pengenalan ringkas untuk aplikasi-aplikasi tersebut:

  1. Cylay (Jailbroken (iOS)

Cylay ialah satu aplikasi direka khas untuk membantu anda membuat salinan data yang memaparkan lokasi telefon bimbit serta memadam semua maklumat di dalam telefon.

Pergi sahaja ke lama web rasmi Cylay untuk maklumat lanjut.

2. iGotYa (iOS & Android)

Seterusnya, ialah aplikasi “iGotYa”, menariknya tentang aplikasi ini ialah ia boleh mengambil gambar si pencuri dan menghantar lokasi telefon itu kepada anda.

Untuk pengguna iOS & Android, anda boleh mengikuti maklumat lanjut di laman rasmi iGotYa.

3. Where’s my Droid (Android)

Aplikasi untuk Android sahaja, Ia boleh meningkatkan kelantangan deringan telefon untuk membenarkan anda menjejaki telefon bimbit melalui GPS dan akan memaparkan lokasi di paparan skrin untuk membantu anda mengetahui lokasi telefon bimbit itu.

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman rasmi Where’s My Droid.

4. Plan B

Sama seperti iGotYa, aplikasi ini boleh mengambil gambar si pencuri dan menghantar lokasi telefon itu kepada pemiliknya. Ia mempunyai pengesan GPS yang berkualiti dan boleh mengesan lokasi telefon bimbit anda dengan tepat.

Untuk mempelajari lebih lanjut, sila ke artikel Plan B.

5. Lookout (Android & iOS)

Menariknya tentang aplikasi ini ialah ia melindungi maklumat peripadi anda daripada penggodam, menjejaki telefon yang hilang, mengaktifkan bunyi penggera yang kuat, membuat salinan senarai kenalan anda dan sama seperti iGotYa, ia akan menangkap gambar pencuri telefon bimbit anda dan menunjukkan lokasinya.

Boleh ke laman rasmi Lookout untuk maklumat lanjut.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca