Anda pernah dengar aplikasi Dooit? Atau apa yang lebih penting, sudahkah anda memuat turun aplikasi berkenaan? Jika belum, anda mungkin akan mempertimbangkan keputusan untuk memuat turun aplikasi berkenaan selepas anda membaca artikel ini.
Aplikasi Dooit merupakan sebuah aplikasi kuiz uji minda yang pada masa yang sama memberi peluang buat para pemain meraih hadiah berupa wang tunai untuk dimenangi. Malah seorang seorang pemain dikatakan berjaya meraih hampir RM2,000 hanya dalam masa 3 minggu! Menarik bukan?
Namun aplikasi ini mungkin akan mengancam keselamatan anda. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini akan meminta kebenaran daripada pemain untuk mengakses fungsi-fungsi yang terdapat dalam peranti anda.
Aplikasi ini dikatakan akan ‘mengakses’ segala maklumat yang terdapat dalam peranti anda. Bahkan, aplikasi ini juga dikatakan meminta kebenaran untuk membaca, mengubahsuai dan membuang kandungan yang terdapat dalam usb anda.
Anda pasti tertanya-tanya dari manakah sumber wang tunai yang diberikan kepada para pemenang?
CEO aplikasi berkenaan, Brian Foo apabila ditanya juga tidak berkongsi dari mana sumber pendapatan yang diperolehi bagi menyediakan hadiah kepada para pemain aplikasi itu. Brian bagaimanapun berkata di masa hadapan beliau tidak akan keberatan untuk bercakap mengenainya.
Bagi penulis, terpulang kepada diri masing-masing sekiranya anda ingin memuat turun aplikasi ini. Apa-apapun sentiasa berjaga-jaga dan pastikan bahawa segala maklumat peribadi anda dilindungi.