Aplikasi Boost Kini Boleh Diguna Pakai Di 800 Cawangan Stesen Shell

Boost, aplikasi dompet elektronik (e-dompet) yang dibangunkan oleh Axiata Digital menjalinkan perkongsian dengan Shell Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di 800 stesen Shell.

Langkah ini yang dijalankan pada bulan April lalu sekali gus menjadikan lebih 80 peratus daripada stesen Shell menawarkan perkhidmatan tersebut di seluruh negara.

Penerimaan maklum balas yang sangat positif daripada para pengguna mengenai pembayaran menerusi e-dompet terbesar di Malaysia itu telah mendorong Shell untuk menawarkannya di semua stesen Shell.

Menurut kedua-dua belah pihak, menerusi aplikasi itu, pelanggan boleh menikmati pembayaran secara lancar, pindahan wang lebih mudah, e-baucar, e-hadiah dan juga tambah nilai prabayar.

Pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai RM5 sebanyak dua kali menerusi promosi eksklusif selama sebulan mulai 14 Mei ini apabila berbelanja RM40 menggunakan e-dompet Boost di stesen Shell terpilih.

Boost kini telah mempunyai lebih 4 juta pengguna berdaftar. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai lebih 80,000 terminal jualan peniaga.

Artikel Lain Untuk Di Baca