Sering memaparkan imej glamor dan ‘classy’ menerusi blognya, seorang gadis yang merupakan personaliti meda sosial berpengaruh di Beijing, China sebenarnya seorang yang sangat pengotor!
Lisa Li selalu berkongsi perihal dirinya yang kononnya sering mengikuti percutian mewah dan makan di restoran mahal kepada 1.1 juta pengikutnya di saluran Sina Weibo.
Realitinya, gadis rupawan itu sebenarnya tinggal di sebuah apartmen kotor yang dipenuhi sampah sarap, makanan basi dan najis anjing di Xian, utara Beijing.
Hal ini terbongkar apabila pemilik rumah yang disewa gadis tersebut, Chen telah melawat kediamannya dan berkongsi rakaman video memaparkan keadaan rumah itu secara atas talian.
Video itu menunjukkan kehidupan sebenar Li dan telah tular di media sosial dan telah membangkitkan keberangan rata-rata peminat Li akibat rasa tertipu.
Mereka juga enggan lagi menonton kandungan yang dikongsi Li di blog gadis itu.
Menurut Chen, tukang cuci profesional juga tidak sanggup membersihkan rumah Li dan gadis popular itu turut berhutang ribuan Yuan untuk bil utiliti.
“Saya terpaksa membuat pendedahan ini selepas Li hilangkan diri dan tinggalkan apartmen dalam keadaan sangat kotor. Dia juga tidak menghiraukan panggilan telefon dan mesej yang dihantar oleh saya,” ujarnya.
sinarharian.com.my/article/49512/GLOBAL/Personaliti-media-sosial-cantik-tapi-pengotor
Pemilik rumah itu turut memberitahu bahwa dia seakan tidak percaya bahawa gadis itu boleh tinggal dalam keadaan yang menjijikkan seperti itu.
Dek terima kecaman yang dahsyat dari warganet, Li akhirnya tampil memohon maaf kepada Chen dan berjanji untuk membersihkan apartment tersebut.
Rakaman video tersebut turut menerima pelbagai reaksi lebih 60,000 pengguna media sosial dan menggelar gadis itu sebagai ‘fake’.