Apakah Tindakan Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dapat Ayam KFC ‘Kurus’?

Sebelum ini, kami ada kongsikan berkenaan seorang pelanggan KFC yang tidak berpuas hati apabila dia menerima ayam yang begitu ‘kurus’ dari rangkaian makanan segera tersebut. Dia kemudiannya bertindak memuat naik satu posting berkenaan ayam goreng yang diberikan kepadanya dan ia telah tular dalam tempoh dua jam sahaja.

Perkongsian tersebut telah mecetuskan perbincangan dalam kalangan warganet dan ada juga yang bertindak menyelar pihak KFC.

Persoalannya, apakah tindakan yang boleh dibuat sekiranya anda mendapat ayam bersaiz kecil seperti kes di atas? Berikut kami kongsikan perkongsian seorang bekas pekerja KFC berkenaan tindakan yang boleh dilakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada anda:

Makan di restoran

1 . Jangan sentuh ayam itu.

2. Terus bawa ayam itu pergi ke kaunter untuk tukar sehingga anda berpuas hati.

3. Jika anda masih tidak berpuas hati, minta wang anda dipulangkan semula (refund).

Take away atau pandu lalu

1. Terus buka kotak ayam itu di depan staf yang bertugas. Anda boleh minta penyepit bagi memudahkan anda memegang ayam itu terutamanya bahagian kepak atau paha.

2. Salah satu cara paling mudah adalah dengan meminta mereka meletakkan bahagian kepak dan paha di bahagian atas sewaktu proses pembungkusan. Jadi, lebih mudah untuk anda lihat saiz setiap satu ayam yang dibeli itu.

3. Minta tukar dengan segera sekiranya ayam yang diberikan bersaiz kecil atau anda memang tidak puas hati dengan saiz tersebut.

Difahamkan, selalunya masalah sebegini terjadi kerana sebab-sebab berikut:

1. Staf yang ditugaskan untuk mencuci ayam tidak mengikut prosedur.

2. Staf yang ditugaskan untuk memasak ayam tidak ikut prosedur.

3. Staff yang ditugaskan untuk racking ayam tidak ikut prosedur.

4. Staff yang ditugaskan untuk hidang ayam tidak ikut prosedur.

Terdapat empat lapis Standard Operating Procedures (SOP) yang dilanggar sehingga pelanggan dapat kualiti ayam seperti ini. Kalau ikutkan piawai KFC, ayam sedemikian rupa tidak akan diproses langsung pada peringkat pertama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca