Apakah Definisi Sebenar Tempat Awam? Ini Penjelasan Datuk Ismail Sabri

Bermula 1 Ogos 2020, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan seseorang itu dikompaun sebanyak RM1,000.

Walau bagaimanapun, arahan tersebut telah menimbulkan beberapa isu sehingga tular di media sosial.

Malah, perkara itu turut diakui sendiri oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas.

“Semalam tular di media sosial, mereka yang berada dalam kenderaan persendirian pun dikenakan tindakan. Itu tidak betul.

“Seperti saya sebutkan, kenderaan awam. Saya rasa jelas. Kenderaan persendirian bukan kenderaan awam.

“Kita bawa kereta dengan famili kita, tak payahlah pakai mask dalam kereta kerana itu merupakan kenderaan persendirian,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut memperjelaskan kekeliruan mengenai definisi sebenar tempat awam yang memerlukan seseorang itu memakai pelitup muka atau sebaliknya.

Ia susulan kes yang dibangkitkan mengenai individu yang dikenakan kompaun di pantai biarpun kawasan itu tidak sesak dengan kehadiran pengunjung.

“Kalau kita sebut tempat awam sahaja, padang bola merupakan tempat awam. Kalau ada penjarakkan sosial yang begitu luas, tidak perlu memakai pelitup muka.

“Sebab itu kita kata tempat awam yang bersesak. Ada dua mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang boleh mengurangkan jangkitan.

“Pertama, pemakaian pelitup muka. Kedua mengadakan penjarakkan sosial. Jadi kalau tempat itu kawasan luas, jadi tidak diwajibkan.

“Tetapi seperti yang saya sebutkan daripada mula lagi, pelitup muka digalakkan berada di mana-mana.

“Kalau dah kawasan yang luas, tepi pantai… dia seorang je duduk tepi pantai tu. Kalau ikut peraturan wajib dia pakai sebab tempat awam. Tapi sebab itu disebut tempat awam yang besesak. Kalau dia seorang, takkan nak kena saman?” ujarnya lagi.

Ismal Sabri turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur bawah dua tahun, tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca