Pelbagai cara yang dilakukan oleh para seniman untuk menghasilkan karya. Sebagai contoh Dain Yoon telah memilih wajahnya sendiri sebagai medium seni.

Beliau mendapat pendidikan dari Sekolah Seni Seoul, Korea Selatan. Dain Yoon yang kini telah menetap di Los Angeles, California menukarkan wajah menjadi hasil seni melalui teknik solekan muka dan bahan-bahan berkaitan.
Karya-karya Dain Yoon mendapat perhatian pelbagai pihak media di seluruh dunia. Sebuah rancangan dari Kanada telah menayangkan sedutan istimewa terhadap hasil seni Dain Yoon.
View this post on InstagramA post shared by Dain Yoon (@designdain) on
Karya-karya Dain Yoon cukup mustahil dihasilkan oleh manusia biasa. Mereka yang melihat akan terkeliru terhadap keunikan seni tersebut. Sebagai contoh gambar-gambar di bawah:

Menurut Dain Yoon, bakat seni ini mula disemai sejak berusia 10 tahun. Beliau mendedahkan rahsia bahawa sentiasa berfikiran besar dalam menghasilkan karya. Tambahnya lagi, perlu untuk mencuba menerapkan sesuatu di dalam bingkai.
Dain Yoon meletakkan dirinya sebagai seniman klasik yang terlatih untuk menghasilkan karya melalui wajahnya. Bukan sahaja tema ilusi misteri yang dibuat oleh beliau, bahkan terdapat juga unsur komedi.
Dain Yoon telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti BMW dan Apple. Projek terkini beliau ialah menghasilkan karya di Malibu, California. Adakah anda mampu untuk menghasilkan hasil seni seperti ini?

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan seni, sila klik pautan di bawah: