Apabila Cemburu Kuasai Diri, Seorang Kakak Nekad Cungkil Mata Dan Potong Telinga Adik Sampai Mati

Kejadian pada 2016 di bandar St. Petersburg, Rusia melibatkan seorang wanita bernama Elizaveta Dubrovina berusia 22 tahun tekad membunuh adiknya, Stefania kerana rasa cemburu dan iri hati.

Pelaku kini dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan selepas tiga tahun menjalani rawatan psikiatri. Pembunuhan yang dilakukan oleh Elizaveta sangat kejam di mana mangsa telah ditikam sebanyak 189 kali pada bahagian kepala, leher, badan, tangan dan kakinya. Tidak cukup dengan itu, pesalah turut mencungkil mata dan memotong telinga mangsa.

Walau bagaimanapun, pelaku menafikan perbuatan kejamnya dengan menuding kesalahan tersebut seolah-olah pembunuhan itu dilakukan oleh kekasih kepada Stefania iaitu Alexey Fateev yang berusia 44 tahun.

Namun demikian, pihak pendakwa raya menyatakan bahawa Alexey tidak wajar untuk disyaki sebagai suspek meskipun mayat mangsa ditemukan di rumah lelaki berkenaan. Sebaliknya, dia merupakan saksi utama bagi kasus pembunuhan itu.

Alexey menjelaskan bahawa sebelum kejadian berlaku, dia pergi ke kedai untuk membeli minuman wain. Setibanya di rumah, dia menemukan mangsa sudah berlumuran darah dalam berkeadaan bogel. Menyedari keberadaan Elizaveta di tempat kejadian, Alexey segera menahan pelaku daripada melarikan diri.

Perbicaraan mahkamah turut menyatakan bahawa kes pembunuhan ini berlaku disebabkan oleh rasa cemburu pelaku terhadap mangsa. Dakwaan ini semakin jelas apabila pelaku dilihat sering mengikuti gaya fesyen mangsa bermula daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Difahamkan bahawa mangsa sempat menangkap gambar dirinya yang dalam berkeadaan bogel sebelum dibunuh sehingga mati. Namun, berita ini segera direspons oleh salah seorang rakannya yang menyatakan bahawa penggambaran mangsa secara bogel itu bukan bertujuan untuk filem porno.

Ibu kepada pelaku iaitu Oksana Dubrovina sewaktu ditemu bual oleh pihak media mnyatakan bahawa anak sulungnya mendakwa kekasih mangsa merupakan dalang kejadian itu berlaku.

Jelas Elizaveta, penggambaran bogel yang sempat dilakukan oleh Stefania menyebabkan Alexey berang kerana disangkakan kekasihnya curang lalu bertindak membunuh mangsa dengan kejam.

Selain memutar belitkan cerita, pelaku turut menyerang dan mencakar wajah Alexey sewaktu temu bual di sebuah program rancangan realiti yang bersiaran langsung di televisyen.

Pengacara rancangan realiti tersebut tidak ketinggalan menyampaikan pandangannya berkenaan kasus ini. Beliau mengatakan bahawa Stefania tidak seburuk dan sejahat seperti yang dikatakan oleh kakak kandungnya.

Baginya, mangsa merupakan seorang yang sangat rendah diri dan memiliki perwatakan yang menarik. Lelaki berusia 45 tahun ini turut menafikan dakwaan terhadap Stefania yang dikatakan bekerja sebagai escort girl. Jelasnya lagi, mangsa ialah seorang gadis yang sangat komited dalam industri permodelan.

Berikutan spekulasi dan penafian oleh Elizaveta, perbicaraan dan siasatan masih dilanjutkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya dia disabitkan bersalah, Elizaveta bakal dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca