Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang semua sudah ketahui, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 31 Mac. Hari ini ia sudah memasuki hari yang ketiga sejak perintah kawalan itu berlangsung. Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Hanya 60 peratus sahaja daripada rakyat Malaysia yang akur dengan perintah yang dilakukan oleh kerajaan ini. Malah, terdapat beberapa lagi kawasan pasar pagi, kedai makan yang tidak mengikut prosedur yang betul iaitu dengan melakukan jarak sosial dengan betul dan tidak membuat perkhidmatan bungkus makanan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob juga berkata mereka tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang ingkar perintah. Tambahan lagi, dikatakan bermula pada hari Ahad ini perkhidmatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikuat kuasakan untuk membantu pihak polis mengawal situasi ini.

Larangan ini meliputi:

1. Pertama

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara   termasuk   aktiviti   sosial, keagamaan, sukan, dan   budaya.  Ini termasuk semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah  ditutup,  kecuali  pasaraya,  pasar  awam,  kedai  runcit  dan  kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Selain itu, solat jumaat juga ditangguh sepertimana yang telah diisytiharkan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama.

2. Kedua

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Sekiranya anda baru pulang dari luar negara, anda dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan lakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Ketiga

Sekatan  kemasukan  semua  pelancong  dan  pelawat  asing  ke  dalam negara juga akan dilakukan untuk mengelakkan berlakunya penyebaran.

4. Keempat

Penutupan  semua  taska,  sekolah  kerajaan  dan  swasta  termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

5. Kelima

Penutupan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara. Pelajar IPT yang tidak dibenarkan balik juga telah disediakan makanan dan dijaga dengan baik oleh pihak institut masing-masing. Difahamkan kerajaan juga telah memperuntuk kos tanggungan makanan buat mereka.

6. Keenam

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan  perkhidmatan  penting  negara iaitu  air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan  api,  pelincir,  penyiaran,  kewangan,  perbankan,  kesihatan,  farmasi, bomba,  penjara,  pelabuhan,  lapangan  terbang,  keselamatan,  pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Tan Sri Muhyiddin telah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar akur dengan perintah ini supaya tiada penambahan minggu yang perlu dilakukan sekiranya peningkatan menjadi lebih drastik.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang tahap kesihatan anda, DoctorOnCall merupakan satu platform yang disediakan kepada anda untuk bertanya secara dalam talian kepada doktor tentang simptom yang anda alami. Selain itu, ia juga memberi maklumat terkini tentang jumlah mangsa yang disahkan berjangkit dan senarai hospital yang melakukan pemeriksaan.

Sentiasa berlaku jujur dan hubungi pihak KKM jika anda ataupun kenalan anda mempunyai kontak rapat dengan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan masih tidak lakukan pemeriksaan kesihatan. Sayangi mereka yang berdekatan dengan anda dengan menjaga kesihatan.

Jumlah mangsa di Malaysia sudah pun melepasi 1000 jadi duduk di rumah diam-diam.

Semoga Tuhan lindungi Malaysia.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca