Apa Salah Lalang? Sebagai Orang Yang Berilmu, Tidak Salah Ikut Resmi Lalang

“Jangan jadi seperti lalang yang melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin. Tapi, jadilah seperti padi semakin berisi semakin menunduk.”

Siapa pernah dengar dialog tersebut? Benarkah apa yang diperkatakan?

Betulkah dalam memperolehi ilmu pengetahuan kita mesti menjadi padi bukan lalang?

Mungkin ada betulnya juga bila berilmu ikutlah resmi padi makin berisi, makin tunduk. Jika orang yang benar-benar berilmu, mereka akan sangat merendah diri semasa mempelajari sesuatu.

Kita sering kaitkan orang yang berilmu dengan padi sehingga kita memandang remeh terhadap lalang.

Pada pandangan penulis sebagai orang yang berilmu, tidak ada salahnya jika kita mengikut resmi lalang.

Ya. Lalang tapi kenapa?

Lalang mempunyai bunga. Bunga lalang akan tersebar ke persekitaran apabila ditiup angin, lalu ia akan cepat tumbuh menjadi pokok lalang yang baru. Simboliknya di sini, dalam kita memperoleh ilmu, kita perlulah menyebarkannya kepada orang lain supaya orang lain turut mendapat manfaat daripada ilmu tersebut.

Lalang juga sebagai simbolik jati diri. Di mana akarnya sangat kukuh untuk menahan hakisan tanah. Lalang apabila semakin tinggi, semakin mencengkam tanah. Dalam konteks menuntut ilmu, boleh dikatakan tidak mudah berputus asa dalam apa jua keadaan cabaran yang di lalui.

Lalang juga berdiri teguh tanpa mengira musim. Tidak seperti padi yang mana hidup mengikut musim. Lalang hidup sebelum wujudnya manusia dan akan terus hidup kerana fleksibilitinya. Oleh itu, dalam menuntut ilmu kita perlu konsisten dalam melakukannya.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar pandangan daripada penulis.

Artikel Lain Untuk Di Baca