“Apa Masalah Kalau Dia Nak Bantu?” Warganet Dikecam Kerana Minta Syed Saddiq Duduk Tepi Dan Jangan Ganggu

Semalam, seorang individu meminta pertolongan daripada Syed Saddiq untuk menyelesaikan isu beberapa pelajar yang menghadapi masalah tiada tempat tinggal kerana diarahkan untuk mengosongkan kolej kediaman. Individu tersebut telah mendekati Syed Saddiq di laman Twitter yang kemudiannya mendapat perhatian daripada beliau.

Beliau kemudian membuat satu ciapan balas untuk membantu individu tersebut dengan menawarkan khidmat beliau.

Namun begitu, ciapan tersebut tidak menggembirakan sesetengah warganet yang cuba untuk mencari kesalahan beliau. Terdapat seorang individu yang membuat ciapan kurang ajar terhadap Syed Saddiq sehingga membuatkan dia menerima kecaman dari pelbagai pihak.

Sejurus ciapan itu dihantar ia menerima kecaman daripada warganet lain yang tidak nampak sebarang masalah dalam usaha Syed Saddiq untuk membantu. Pada sudut pandangan mereka, tindakan Syed Saddiq itu adalah usaha yang baik kerana situasi di Malaysia yang semakin membimbangkan ini memerlukan lebih banyak tenaga kerja dari pelbagai pihak.

Walaupun Syed Saddiq dikecam hebat, namun beliau masih terus melakukan tanggungjawab beliau dengan menghubungi IPTA berkenaan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit dengan kadar segera.

Ramai warganet berasa terharu dan berterima kasih kepada beliau yang sanggup mengetepikan perbezaan parti politik demi menyahut rayuan pertolongan daripada rakyat yang memerlukan.

Diharapkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang berfikiran sedemikian kerana pada waktu ini perbezaan pendapat dan kepercayaan tidak penting untuk kita melawan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Orang ramai perlu bekerjasama untuk mengekalkan keamanan kepada negara kita dan melindungi satu sama lain.

Semoga Tuhan melindungi Malaysia.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca