KONGSIKAN

Umum mengetahui bahawa kedai serbaneka seperti 7-Eleven, atau 99 Speedmart ada menjual minuman beralkohol iaitu arak. Namun, apakah hukumnya sekiranya pekerja beragama Islam menjual minuman tersebut?

 

 

 

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan pandangan beliau berkenaan isu berkenaan. Antaranya ialah:

  1. Hukumnya makruh jika pekerja mendapat gaji daripada majikan yang menjual benda halal dan haram.
  2. Jika terlibat menjual arak di kaunter, hukumnya haram.
  3. Majikan sebaiknya memisahkan kaunter bayaran barangan halal dan barangan haram.

 

Kata Dato’ Seri Dr. Zulkifli sebaiknya carilah pekerjaan yang tiada syubhah, kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa.

“Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram…” – Musnad Ahmad.