Apa Jadi Pada Restoran ‘Fizomawar’ Selepas Mereka Berpisah?

Pasangan tersebut sebelum ini merupakan antara pasangan selebriti yang dijadikan ikon kerana rancak menjalankan perniagaan bersama sejak awal perkahwinan mereka.

Selepas terlafaznya talak satu antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, peminat mula berteka-teki tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan sejak berkahwin iaitu Fizomawar Kitchen.

Oleh itu, Mawar telah menjawab persoalan tersebut dalam satu rancangan bual bicara bertajuk Minggu Wanita.

Kata Mawar, nama dan hala tuju mengenai perniagaan mereka itu masih belum diputuskan.

“Buat sementara ini, kami belum putuskan untuk mengubah nama itu. Sehingga kini kami berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu.

“Jika ada perubahan nama pun, mungkin akan jadi Fizomaryam sebab pangkal M nama itu masih ada dan akan dikekalkan,” kata Mawar ketika dihubungi.

Fizomawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kita doakan agar urusan Fizo dan Mawar dapat berjalan dengan lancar. Walaupun sudah tidak menjadi pasangan suami isteri tetapi masih lagi dapat mengekalkan hubungan baik sebagai rakan kongsi FizoMawar Kitchen.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca