APAKAH ITU THAIPUSAM?
Thaipusam disambut pada bulan “Thai” dalam kalendar Tamil dan “Pusam”, salah satu bintang dalam Tamil iaitu Pushyam.
MENGAPAKAH SAMBUT THAIPUSAM?
Ada beberapa pihak yang istiyharkan hari ini adalah hari lahir Dewa Murugan atau nama Sanskrit purbanya iaitu Skanda. Namun, itu disangkal memandangkan Murugan mungkin lahir pada bulan Vaikashi (kalendar Tamil). Satu lagi sebab utama adalah penghadiahan Vel (yang baru-baru isu pasal Sultan Pahang) kepada Murugan daripada Parvathi (emaknya) untuk melawan seorang jembalang/demon yang sangat berkuasa atau disebut sebagai “Asura” dalam Tamil.
KENAPA MURUGAN DI GUA DAN BUKIT TINGGI?
Dewa Murugan adalah salah satu Tuhan yang suka memencilkan diri di tempat tinggi dan melatih diri untuk pelbagai situasi dengan alatnya. Sebelum ini pun, sebuah pertandingan mengelilingi dunia dianjurkan oleh ibu bapa Vinayagar(yang berkepala gajah), abang kepada Murugan. Murugan dengan burung meraknya telah mengelilingi dunia, namun Vinayagar II lebih bijak dan pandai – dia mengelilingi ibu bapanya dan berkata mereka ialah dunia saya. Ada yang kata Murugan telah merajuk dan tinggal di tempat tinggi sejak peristiwa itu. Dewa ini mempunyai dua orang isteri dan mempunyai burung merak sebagai mod pengangkutannya.
KENAPA AMBIL RAMBUT, PECAH KELAPA DAN LAIN?
Ia perlakuan yang dibuat sebagai simbolik sumbangan hasil titik peluh sendiri kepada Tuhan Murugan. Namun, tidak terdapat catatan yang mengatakan Tuhan meminta dan ada keperluan untuk melakukan perkara ini. Memecahkan kelapa dan menuang susu adalah pembaziran dan bercucuk pada pandangan saya adalah tidak perlu.
Kenapa berkaki ayam dan jalan jauh? Ia sebagai proses menjumpai Tuhan dalam perjalanan yang panjang dan ia sesuatu yang bukan mudah dan ternyata memerlukan pengorbanan. Malahan pada masa dahulu tiada selipar untuk dipakai bagi upacara ini.
SAMBUTAN DI NEGARA KITA DAN LAIN
Di negara kita, biasanya Pulau Pinang, Batu Caves dan Ipoh adalah tempat terbesar untuk sambutan dan dikunjungi oleh ramai orang. Di Johor Bahru dan Sungai Petani juga terdapat sambutan yang memuaskan. Di negara kita, hari Thaipusam ini diisytiharkan sebagai cuti umum, sama seperti di Sri Lanka, Mauritius dan Fiji. Namun, tidak di India.
SIGNIFIKASI THAIPUSAM
Seperti biasa, setiap sambutan mempunyai falsafah dan maksud. Thaipusam adalah sebuah perayaan di mana kita memenangi perkara yang keji dan teruk dalam diri kita dengan perubahan yang baik dan mulia.
PENUTUP
Setiap orang boleh belajar daripada perayaan kaum lain. Ini juga tidak terkecuali untuk perayaan Thaipusam. Walaupun 7% sahaja orang India di Malaysia dan mungkin 1.5% daripada itu beragama lain, negara kita mempunyai statue Murugan yang terbesar di dunia!
Banggalah dengan negara kita, Malaysia.
Hapuskan kejahatan sedikit demi sedikit dalam kita.
Perkongsian daripada Facebook Kiridaren Jayakumar
Foto: Raaga