“Apa Itu Tabligh?” Ini Antara Carian Paling Banyak Di Google Malaysia Sepanjang Tempoh PKP

Peningkatan kes positif COVID-19 dari hari ke hari di negara kita telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Banyak persoalan tentang wabak ini yang perlu dijawab bagi memastikan setiap orang mendapat maklumat yang tepat dalam membendung ia daripada terus menular.

Baru-baru ini, Google Malaysia telah tampil berkongsikan empat persoalan paling banyak ditanya dan dicari oleh pengguna di Malaysia. Senarai itu dibuat berdasarkan data carian trending bulan Mac 2020.

Antara carian tertinggi ialah ‘how to’ di mana ia merupakan carian mengenai bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan COVID-19. Berikut adalah antara carian yang dibuat:

  • How to wear a surgical mask?
  • How to boost immune system?
  • How to make bread?
  • How to avoid COVID-19?
  • How to use hand sanitizer?

Persoalan dengan carian tertinggi seterusnya ialah carian ‘near me’. Di bawah adalah senarai soalan-soalan ‘near me’ yang paling banyak ditanya:

  • Police station near me
  • Mediviron near me
  • Food delivery near me
  • Grocery delivery near me
  • Roadblock near me

Selain itu, rasa ingin tahu yang tinggi turut membawa kepada peningkatan kata kunci ‘what is’ dan juga ‘apa itu’. Berikut adalah antara carian yang dibuat oleh pengguna bagi membolehkan mereka faham tentang isu yang berkait rapat dengan wabak COVID-19:

  • What is pandemic?
  • What is lockdown?
  • What is RMO?
  • What is dry cough?
  • What is VPN?
  • Apa itu COVID-19?
  • Apa itu tabligh?
  • Apa itu lockdown?
  • Apa itu Coronavirus?
  • Apa itu pandemik?

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca