Apa Itu SEO Dan Cara Gunakannya Untuk Naikkan Nama Bisnes Anda Di Carian Google

Kalau anda baru masuk dalam dunia pemasaran digital, anda pasti akan terdengar-dengar beberapa istilah yang sering dilontar oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Antara istilah yang acap kali disebut dalam dunia pemasaran digital ialah SEO.

Hal ini pati membuatkan anda yang baru tertanya-tanya apa itu SEO? Dan kenapa ia penting untuk seseorang pemilik bisnes tahu dan faham tentangnya?

Menjawab persoalan itu, artikel ini akan menghuraikan sedikit asas yang anda perlu tahu tentang SEO bagi menggunakannya untuk menaikkan nama bisnes anda di carian Google.

Teknik SEO yang baik membantu menaikkan jenama perniagaan anda di hasil carian Google.

Apa itu SEO?

Kita mula pada bahagian yang paling asas iaitu apa maksud SEO itu sendiri. SEO ialah singkatan kepada Search Engine Optimization. Terma ini dalam bahasa melayunya ialah Pengoptimuman Enjin Carian.

Ia adalah suatu proses meningkatkan trafik laman sesawang anda melalui hasil enjin carian.

Ini membantu laman sesawang anda menjadi lebih mudah ditemui. Apabila bakal pelanggan mencari istilah yang berkaitan dengan jenama anda, mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menemui laman sesawang anda.

Untuk mudahkan lagi anda faham bagaimana SEO ini berfungsi, bayangkan anda mempunyai perniagan alatan senaman. Di laman sesawang anda ada artikel mengenai tips penjagaan tubuh. Selain itu laman sesawang anda turut mempunyai konten mengenai cara kuruskan badan.

Dengan amalan SEO yang baik, seseorang yang mencari kata kunci seperti “Cara berkesan untuk kuruskan badan” akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menemui artikel itu kerana ia berada dalam senarai teratas dalam hasil carian. Dan daripada situ pengguna itu turut dapat mengenali jenama alatan senaman anda.

Itulah kuasa SEO.

Dengan kata mudah, SEO ialah suatu teknik bagi memudahkan konten anda baik artikel, laman sesawang mahupun video youtube untuk berada di senarai paling atas apabila dicari di Google.

Contoh lain, katakanlah anda menaip “tempat makan best di shah alam” di Google, maka artikel atau konten yang baik teknik SEO akan berada di atas.

Bagaimana SEO Berfungsi

Jadi, kenapa hal ini terjadi? Bagaimana satu artikel itu boleh dikatakan ‘menang’ berbanding artikel lain untuk berada di tempat teratas dalam hasil carian google?

Begini, Google adalah satu unit A.I yang mempunyai programnya yang tersendiri. Jadi dalam memilih artikel-artikel atau sebarang konten yang ingin diberikan dan ditunjukkan dalam hasil carian, ia mestilah berdasarkan apa yang paling kena dengan hal dicari dan mengikut algoritma yang sudah ditetapkan Google itu sendiri.

Jadi teknik SEO ini secara mudahnya ialah cara untuk mengoptimumkan konten dan laman sesawang yang mana akan membuatkan algoritma Google ini meletakkan artikel kita di atas apabila seseorang manai sesuatu yang berkaitan dengannya.

Artikel dan laman sesawang yang mengikut garis panduan serta kena dengan algoritma Google akan mendapat tempat yang lagi tinggi dalam hasil carian kerana Google meletakkannya sebagai hasil carian yang berkualiti dan dipercayai.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan artikel kita akan mendapat trafik organik yang tinggi.

Kaedah Topi Putih & Topi Hitam Dalam SEO

Google mempunyai algoritma dan garis panduan dalam memilih konten. Dengan menggunakan teknik SEO yang berkesan, maka konten kita akan akan dipilih untuk diletakkan dalam hasil carian yang utama.

Tapi apa pula teknik SEO yang paling berkesan?

Tidak pasti. Oleh kerana algoritma Google sendiri yang sentiasa berubah, teknik SEO yang berkesan akan berbeza-beza pendapat daripada sebuah syarikat kepada sebuah syarikat yang lain.

Namun yang paling asas anda perlu pegang ialah gunakan kaedah topi putih dan jauhi kaedah topi hitam.

Kaedah topi putih: mengikut segala aturan yang ditetapkan oleh Google, dengan kata lain ikut sahaja permainan Google dan hasilkan konten yang kena dengan kriteria yang mereka ingin. Hal ini agak memakan masa, tenaga dan mungkin juga wang namun hasilnya akan kekal lama dan lumayan.

Kaedah topi hitam: Mengeksploit kelemahan dalam sistem algoritma Google dan gunakannya untuk dapatkan trafik yang tinggi. Ini mungkin memberi hasil yang cepat namun akan mempunyai risiko untuk dihukum Google. (Laman sesawang anda akan dibuang ataupun di turunkan daripada carian)

Jadi selalu pastikan amalkan SEO yang menggunakan teknik topi putih kerada ia lebih selamat dan berharga untuk jangka masa panjang.

Dua Jenis SEO

Setelah memahami cara SEO berfungsi serta peraturannya, sekarang tiba masa untuk anda belajar mengenai cara praktikal bagi mengoptimumkan SEO.

Terdapat dua jenis SEO yang anda harus optimumkan, iaitu on-page SEO dan Off-page SEO. Dengan mengoptimumkan kedua-dua jenis SEO ini maka trafik dan nama laman sesawang anda akan naik dalam hasil carian di Google.

On-Page SEO

On-Page SEO ialah di mana anda mengoptimumkan SEO dengan bahagian dalam laman sesawang mahupun artikel anda sendiri.

Dengan kata lain, ia adalah sudut teknikal bagaimana anda menyusun atur laman sesawang serta kandungan artikel anda.

Antara contoh On-Page SEO:

  • Mengulang kata kunci dengan secukupnya
  • Penggunaan Heading
  • Penghasilan konten yang baik dan panjang (biasa 1000 patah perkataan ke atas)
  • Alt text pada gambar
  • Link ke laman sesawang lain (External Links)
  • Link ke laman sesawang yang sama (Internal Links)

Antara cara mengoptimumkan On-Page SEO

1. Pemilihan kata kunci (Keyword)

Pemilihan kata kunci amat penting. Di sinilah anda menentukan siapa yang akan mempunyai keberangkalian untuk mencari tentang laman sesawang anda di Google.

Untuk melakukan hal ini benda pertama yang anda harus lakukan ialah mengerti dan memahami sasaran pelanggan anda itu sendiri.

Sebagai contoh, katakanlah anda ada bisnes yang menjual alatan senaman. Jadi anda perlulah cuba menjangkakan niat pelanggan semasa mencari produk atau perkhidmatan anda ini.

Apa istilah carian yang akan dimasukkan mereka?

Apakah cara alternatif untuk bertanya tentang perniagaan anda?

Bagaimanakah pendatang baru dalam perniagaan anda mencari produk berbanding mereka yang mungkin pernah berurus niaga dengan anda atau seseorang dalam niche anda sebelum ini?

Contohnya, jika orang yang tidak tahu pun jenama anda, saya mungkin akan mencari “alatan senaman untuk bina sixpack” berbanding mencari khusus “alatan senaman jenama anda”.

Dengan memahami hal ini barulah anda boleh pergi ke langkah yang seterusnya iaitu menghasilkan konten yangmengikut teknik SEO yang baik.

Jadi kata kunci seperti “alatan senaman untuk sixpack” mungkin akan diletakkan secara berulang di dalam artikel bagi mengoptimumkannya kepada carian itu.

Membuat kajian dan pantauan yang mendalam tentang kata kunci yang patut ditekankan merupakan langkah penting dalam teknik SEO yang berkesan.

2. Mengoptimumkan laman sesawang

Untuk laman sesawang, ia bergantung kepada struktur lama sesawng yang baik. Struktur laman sesawang yang baik akan menyenangkan mesin pencari untuk mencari halaman penting dalam laman sesawang anda.

Konten yang relevan dengan carian pelanggan anda akan membuatkan ia lagi mudah untuk mendapat trafik yang tepat dan dapat memberi pulangan.

Off-page SEO

Berlawanan daripada on-page SEO, Off-Page SEO ialah perkara yang anda perlu lakukan di luar konten laman sesawang anda untuk menaikkan lagi kedudukan laman sesawang dalam carian Google.

Antara Cara Mengoptimumkan Off-Page SEO

1. Menulis di Laman Sesawang orang lain (Guest Post)

Anda boleh meminta untuk menulis di laman sesawang lain, seeloknya yang mempunyai Domain Authority (DA) yang lagi tinggi daripada laman sesawang anda.

Dan dalam tulisan itu anda selitkan sekali link (backlink) yang membawa kepada laman sesawang anda sendiri.

 Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan mesin pencari memahami bahawa anda mempunyai konten yang berkualiti dan dipercayai sehingga laman sesawang yang lagi tinggi lagi DA nya turut mengambil rujukan daripada anda.

Inilah yang dinamakan pemasaran bersepadu ataupun Integrated Marketing yang ditawarkan oleh sebahagian laman sesawang yang mempunyai trafik serta DA yang tinggi seperti Lejen.

2. Komen di blog orang lain

Anda juga boleh meninggalkan pautan kepada laman sesawang anda di blog orang lain. Namun sesetengah blog tidak mengizinkan untuk pembaca meninggalkan sebarang link di ruang komen.

3. Email

Anda juga boleh tinggalkan pautan kepada laman sesawang anda dalam setiap email bisnes yang dihantar.

Antara Kebaikan Lain SEO

Jadi selain daripada naikkan nama dalam hasil carian di Google, terdapat banyak lagi kebaikannya apabila konten anda mempunyai teknik SEO yang baik.

1. Mendapat trafik yang lebih tinggi serta berkualiti

Sekiranya SEO itu betul-betul menyasarkan kepada sasaran pelanggan yang betul-betul kena dengan perniagaan anda, maka conversion mereka untuk memberikan anda untung akan meningkat.

Inilah yang dinamakan trafik yang berkualiti, di mana orang yang membaca konten tentang bisnes anda mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk membeli daripada anda.

2. Lagi tinggi kedudukan lagi menang anda berbanding jenama lain dalam niche anda

Kerana anda laburkan sedikit masa dan wang dalam hasilkan SEO yang tepat untuk laman sesawang anda, maka anda akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam carian.

Hal ini secara tidak langsung menaikkan lagi prestij jenama anda di mata pelanggan sekali gus mengalahkan jenama-jenama lain.

3. Memantaskan laman sesawang dan menjadikan ia mesra pengguna

Jika anda mengikuti teknik SEO yang baik, maka sudah pasti konten laman sesawang anda akan memberi hasil yang berkualiti serta mesra untuk digunakan oleh pengguna.

Salah satu SEO yang baik ialah apabila laman sesawang itu adalah pantas untuk digunakan pengguna sama ada di telefon pintar mahupun di komputer.

4. Jimat duit dalam jangka masa panjang

Kerana anda laburkan duit dan masa untuk naikkan nama perniagaan dengan menggunakan teknik SEO yang betul, maka konten anda tidak memerlukan sebarang iklan untuk ia berada di atas. Memberikan anda banyak trafik yang organik.

Trafik organik ini bermaksud ialah klik daripada pengguna yang mencari kata kunci yang difokuskan anda dan bukanlah hasil daripada iklan yang anda bayar.

Kesimpulan

Seperti yang anda lihat, dengan memahami SEO dan mengaplikasikannya dalam menghasilkan konten di internet amat baik untuk bisnes anda dalam jangka masa yang panjang.

Namun untuk mengusai semua teknik SEO yang berkesan dalam penghasilan konten dan laman sesawang mengambil masa yang agak lama.

Anda harus mengerti satu per satu teknik dan skop kecil setiap teknik SEO yang banyak. Selepas itu barulah digunakan untuk menghasilkan konten yang akan naik dalam carian google.

Hal ini amatlah merunsingkan pemilik bisnes yang kebanyakannya tidak mempunyai masa untuk belajar dengan lebih dalam mengenai perkara.

Jadi, pilihan yang lebih baik untuk pemilik bisnes ialah bekerjasama dengan orang yang pakar dalam industri pemasaran digital.

Lejen Digital Tawarkan Servis Intergrated Marketing Untuk Naikkan Nama Bisnes Anda Di Google

Kami di Lejen, menawarkan servis pemasaran bersepadu kepada pemilik bisnes yang ingin menaikkan nama perniagaan di carian Google namun tidak mempunyai masa untuk belajar mengenai SEO.

Menggunakan tenaga pakar kami yang handal dalam teknik SEO, kami membantu pemilik bisnes untuk naikkan nama carian perniagaan mereka di Google dengan turut menyasarkan pelanggan yang sesuai dengan bisnes mereka.

Dengan pemasaran bersepadu yang berkesan di laman sesawang yang tinggi trafik dan autoritinya, bisnes anda akan lagi mudah untuk dikenali ramai dan berada di atas dalam hasil carian Google.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh sahaja terus tekan pautan di bawah:

lejen.digital

Atau hubungi kami di

Whatsapp: 018-261 9410

Facebook: Lejen Digital

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan anda boleh klik pada pauatan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca