Scene muzik Indie di Malaysia tidak ketandusan bakat-bakat yang berpontesi besar. Pelbagai kugiran Indie yang sudah berjaya memikat hati pendengar seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface dan ramai lagi. Oleh itu, jom kenali dengan lebih rapat satu duo Indie yang mempunyai keunikannya tersendiri, Pastel Lite.

Pastel Lite merupakan duo indie lokal yang dianggotai Eff Hakim dan Faliq. Pastel Lite mempertaruhkan genre elektronik dalam lagu-lagu ciptaan mereka. Pastel Lite bermula apabila Eff Hakim (vokalis) ingin mencari ahli kumpulan di Internet. Eff Hakim memuat naik lagu-lagu ciptaannya di SoundCloud. Faliq mula berminat dan terus menghubungi Eff Hakim untuk terus bekerjasama sehingga terciptanya Pastel Lite.

Lagu-lagu ciptaan Pastel Lite mempunyai elemen elektronik, synthpop dan 80s tetapi mudah untuk diterima ramai. Senang cerita, lagu-lagu Pastel Lite tidak terlalu berat dengan bunyi elektronik. Pelbagai lagu Pastel Lite yang boleh memikat hati pendengar. Antaranya termasuklah Masa Kita, Damsel, Aneh dan banyak lagi. Lagu-lagu ini boleh didengar melalui album pertama mereka iaitu Pastel Lite -Balada.

Pastel Lite begitu bertuah kerana berjaya berada di bawah label milik artis tempatan bertaraf global, Yuna Room Records. Bukan itu sahaja, muzik video terbaru mereka iaitu Masa Kita turut mendapat sentuhan Yuna daripada segi pengarahan serta suntingan. Sudah tentu keunikan muzik Pastel Lite menjadi tarikan bagi Yuna untuk diserapkan di bawah label milik beliau.

Selepas berjaya menerbitkan album pertama yang bertajuk Balada, Pastel Lite kini dalam persiapan untuk menerbitkan album yang kedua. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan Pastel Lite di Facebook rasmi mereka.

Penulis

  • Farid Ahmad Saleh adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Facebook