KONGSIKAN

Melalui satu program Himpunan Penulis Malaysia yang berlangsung di UKM Bangi semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyatakan pandangan beliau berkenaan isu skim bantuan baucar buku dan sikap membaca rakyat rakyat Malaysia.

 

 

Umum mengetahui bahawa skim bantuan baucar buku kepada mahasiswa akan diteruskan. Hal ini berikutan terdapat beberapa luahan daripada para mahasiswa berkenaan skim baucar bantuan buku apabila bajet bagi baucar buku berkenaan tidak dinyatakan dalam Bajet 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu.

Oleh itu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata beliau akan membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet. Tambah beliau, skim bantuan baucar buku perlu diteruskan agar sejajar dengan usaha kerajaan bagi melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan.

Dr. Maszlee turut berkata bahawa beliau sedia maklum bahawa bukan semua mahasiswa mempunyai wang tambahan untuk membeli buku.

Beliau turut menyentuh berkenaan sikap membaca rakyat Malaysia. “Apakah erti karya-karya kalau tidak dibaca?” tambah beliau.

Oleh itu, beliau berkata bahawa beliau akan memperjuangkan skim bantuan baucar buku kerana beliau sedia maklum akan sikap masyarakat yang kurang membaca.